Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan & Secrets of Millionaire Students

Dikarang oleh Administrator pada November 18, 2008

Semasa saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke satu kursus, satu telah singgah sebentar di sebuah kedai buku yang terdapat di situ.

Saya memang gemar membaca buku – terutama sekali buku-buku mengenai internet dan perniagaan. Oleh itu, saya memang “pantang” melihat kedai buku – saya pasti akan singgah.

Di situ saya telah menemui dua buku yang baru sahaja keluar di pasaran iaitu buku “Nota Jutawan, Nota Perniagaan” oleh Dr. Irfan Khairi dan buku “Secrets of Millionaire Students” oleh Stuart Tan bersama Dylan Loh dan Edmund Loh.

Buku “Nota Jutawan, Nota Perniagaan” oleh Dr. Irfan Khairi memberikan tip-tip berguna untuk para usahawan dan pemilik perniagaan. Ianya tidak tertumpu hanya kepada perniagaan melalui internet malah mengenai tip-tip perniagaan secara am. Isi kandungan buku ini memang baik dan wajar anda tambah di dalam koleksi anda sekiranya anda mempunyai perniagaan sendiri. Berikut merupakan gambar kulit depan buku tersebut:

NotaJutawanNotaPerniagaanIrfanKhairi

Buku “Secrets of Millionaire Students” pula, lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti yang ingin berkecimpung di dalam dunia perniagaan internet untuk membuat wang sampingan. Buku ini telah dikarang oleh Stuart Tan iaitu seorang Internet Marketer terkenal dari Singapura. Stuart Tan telah dibantu oleh Dylan Loh (seorang Internet Marketer muda dari Singapura) dan Edmund Loh (Internet Marketer muda dari Malaysia) di dalam menyediakan kandungan untuk buku tersebut.

Walaupun buku ini ditujukan kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, saya telah mendapati maklumat-maklumat yang diberikan di dalam buku tersebut juga sesuai untuk digunakan oleh semua internet marketer tanpa mengira peringkat pengetahuan. Berikut merupakan gambar kulit depan buku tersebut:

SecretsOfMillionaireStudentsStuartTanDylanLohEdmundLoh

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kedua-dua buku yang hebat ini!

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 12-18-2008
    8:23 am

    chin

    hi, saya telah baca post anda di bawah title Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan & Secrets of Millionaire Students
    adakah anda menjual buku-buku ini ?


  • 12-18-2008
    1:46 pm

    Administrator

    Hi Chin.
    Saya tidak menjual buku-buku tersebut tetapi anda boleh mendapatkannya daripada mana-mana kedai buku utama yang berhampiran dengan anda. :)


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda