Buku Rahsia Jutawan Lelong
Saya baru sahaja kembali dari mengambil bekalan buku Rahsia Jutawan Lelong daripada pihak penerbit saya iaitu True Wealth Sdn Bhd di pejabat mereka di Kelana Jaya.
Buku Rahsia Jutawan Lelong merupakan buku terbaru saya yang telah diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd, penerbit sama yang telah menerbitkan buku Rahsia Raja Lelong dan Secrets of the Lelong King saya sebelum ini.
Sekiranya anda belum pernah mengunjungi pejabat True Wealth sebelum ini, berikut merupakan gambar luar pejabat mereka (papan tanda mereka di tingkat paling atas):

Bekalan buku Rahsia Jutawan Lelong yang saya ambil akan saya jual kepada ahli RahsiaRajaLelong.com yang telah mendaftar untuk mendapatkan buku tersebut daripada saya pada bulan lepas.
Ahli-ahli yang telah berjaya mendaftar akan mendapat tawaran harga yang hebat daripada saya dan akan menerima kelebihan-kelebihan berikut: peningkatan taraf keahlian kepada VIP di RahsiaRajaLelong.com (ini membolehkan mereka mendapat Harga Diskaun Super Hebat untuk semua produk keluaran saya selepas ini), penghantaran PERCUMA, Autograf saya dengan nama mereka pada buku tersebut dan Jaminan Wang Dikembalikan selama 1 TAHUN!
Oleh itu, tahniah kepada semua yang telah berjaya mendaftar!
Ini gambar saya di tangga menuju ke pintu masuk pejabat True Wealth (pejabat mereka terletak di Tingkat 2 bangunan tersebut):

Semasa berada di situ, saya sempat berbual dengan Azlynn Azizi iaitu Pengarah Urusan True Wealth Sdn Bhd yang juga merupakan isteri kepada Mentor Jutawan - Azizi Ali. Pada masa itu, Azizi Ali tidak berada di situ kerana sedang bertugas menerbangkan kapal terbang (beliau masih bertugas sebagai juruterbang di MAS). Turut bersama dalam perbincangan tersebut adalah Pengurus Penerbitan True Wealth iaitu Nirmitha Govindaraju.
Di antara perkara yang sempat kami bincangkan adalah mengenai buku Rahsia Raja Lelong dan Seminar Lelongan Online saya untuk tahun depan.
Rupa-rupanya bekalan buku Rahsia Raja Lelong yang baru dihantar oleh syarikat pencetak masih terdapat kesilapan dan terpaksa dihantar semula untuk proses pencetakan. Kepada mereka yang sudah membuat pesanan buku Rahsia Raja Lelong daripada pihak penerbit, nampaknya anda perlu bersabar untuk sedikit masa lagi sementara menunggu cetakan terbaru tersebut sampai.
Saya bercadang untuk memulakan Seminar Lelongan Online saya pada tahun hadapan yang akan merangkumi cara untuk membuat duit di kedua-dua portal lelongan online iaitu Lelong.com.my dan juga eBay. Seminar ini akan berlangsung selama satu hari dan akan merupakan di antara program yang anda PERLU hadiri pada tahun hadapan supaya saya dapat membantu anda mencapai kejayaan yang lebih hebat melalui lelongan online.
Insya-Allah sekiranya tiada aral melintang, seminar pertama saya akan diadakan pada bulan Mac 2009. Saya akan memaklumkan kepada anda apabila tiba masanya nanti.
Setelah selesai berbincang, saya pun meminta diri daripada Azlynn dan Nirmitha.
Saya sempat mengambil gambar ini bersama Azlynn sebelum beredar pulang:

Setelah sampai ke rumah, saya telah mengambil gambar bekalan buku yang telah saya ambil dari pejabat True Wealth. Ini adalah gambar 300 buah buku Rahsia Jutawan Lelong (hampir kesemuanya masih berada di dalam kertas bungkusannya):

Saya telah mendapatkan 300 buah buku Rahsia Jutawan Lelong daripada penerbit tetapi cuma 250 buah sahaja yang akan saya jual kepada ahli-ahli RahsiaRajaLelong.com yang telah mendaftar untuk mendapatkannya.
Jumlah ahli yang telah mendaftar adalah seramai 297 tetapi saya cuma boleh menjual 250 buah buku buat masa ini. Mungkin akan terjadi perebutan yang sengit apabila buku-buku tersebut mula dijual nanti.
Baki 50 buah buku yang tidak dijual itu akan saya berikan kepada sahabat-sahabat yang telah membantu saya dan akan digunakan untuk projek saya yang lain. Sekiranya ada baki yang tidak saya gunakan, mungkin saya akan menjualnya kepada ahli-ahli RahsiaRajaLelong.com yang lain tetapi ianya akan bergantung kepada keadaan. Saya akan umumkan sekiranya ada peluang untuk memilikinya selepas ini.
Sekiranya anda merupakan di antara 297 ahli yang sudah mendaftar untuk mendapatkan buku Rahsia Jutawan Lelong, pastikan yang anda bersedia pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk mendapatkan buku anda. Pastikan yang anda tidak terlepas peluang yang istimewa ini!










Syabas bro… akhirnya saat yang dinantikan telah tiba.. xsabar nak dapatkan ni..
Terima kasih bro….
Tahniah bro. Sy dah daftar sbg ahli & akan tunggu saat penjualan buku terbaru ni.
En. Eruwan….pejabat True Wealth nieh dekat jer ngan umah saya…hehehehe saya dapatkan kat situ boleh?
Amin ,moga succes,saya tunggu buku itu.Buku pertama udah ada ,tunggu buku kedua pulak.tnq
Hello Amane,
Sudah tentu anda boleh dapatkan terus dari pejabat True Wealth. Tapi nanti anda akan terlepas diskaun harga, naiktaraf keahlian kepada VIP dan juga autograf saya yang akan ditujukan khas kepada anda.
Wow…besok jam 8. Tahniah!! untuk saudara Eruwan Gerry.
Wow ! syabas kawan! You adalah sifu terhebat…teruskan usaha anda dan saya pasti akan memiliki keluaran terbaru tersebut…TQ & Good Luck.
Terima kasih kepada semua sahabat di atas sokong anda!
syabas eruwan kerana berjaya menghasilkan buku kedua rahsia lelong yang amat berguna. semoga ia akan dapat dijadikan panduan yang berguna dalam proses jual beli dalam website lelong.com.my. seminar nanti jangan lupa jemput saya yer…
tq
Terima kasih di atas sokongan anda Kamil. Insya-Allah saya akan memberitahu semua ahli RahsiaRajaLelong.com apabila seminar diadakan nanti.
salam … saya teringin nak dapatkan buku ini macam mana ya? Di popular book store belum sampai …
Hello krizalzul,
Anda juga boleh mendapatkan buku ini di Member Store saya di Lelong.com.my di alamat laman web: http://www.watcha.lelong.com.my.