Review eBook Panduan Asas Blogger
Dikarang oleh Administrator pada June 12, 2009
Baru-baru ini saya telah diberi peluang oleh sahabat saya Yazid Yahaya untuk melakukan review untuk ebook beliau iaitu Panduan Asas Blogger.
Kepada anda yang tidak mengenali siapa Yazid, beliau merupakan seorang penuntut di UiTM dan baru berumur 21 tahun. Beliau merupakan di antara beberapa internet marketer muda di Malaysia yang sudah mampu mencapai pendapatan yang baik melalui internet.
Yazid juga merupakan seorang penulis dan telah berjaya untuk menghasilkan buku Buat Duit Dengan Blog yang telah diterbitkan oleh Syarikat PTS Publishing.

eBook Panduan Asas Blogger yang telah dihasilkan oleh beliau memberikan penerangan asas yang padat mengenai cara untuk memulakan dan menguruskan blog anda sendiri sama ada dengan menggunakan Blogger atau dengan menggunakan Wordpress.

Panduan ini telah dihasilkan dengan cara yang memudahkan pembaca untuk memahami langkah-langkah yang telah diterangkan di dalam ebook tersebut. Selain itu, Yazid juga telah berkongsi perkara-perkara penting yang lain mengenai cara untuk menguruskan blog anda seperti cara untuk menjana trafik dan juga cara penggunaan ruangan Cpanel anda.
eBook Panduan Asas Blogger amat sesuai untuk anda miliki jika anda tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas di dalam memulakan blog anda sendiri. Di samping itu, harga tawaran yang diberikan sekarang adalah amat memberangsangkan untuk anda memilikinya sebelum ianya dinaikkan selepas ini.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ebook Panduan Asas Blogger melalui pautan berikut:
Beri Komen









