Username di Facebook
Dikarang oleh Eruwan Gerry pada June 17, 2009
Baru-baru ini pihak Facebook telah memperkenalkan penggunaan Username untuk ahli-ahli mereka di Facebook.
Sebelum ini, URL yang boleh anda gunakan untuk menghantar sahabat atau pelanggan ke laman Facebook anda adalah satu URL yang panjang seperti berikut:
http://www.facebook.com/people/Eruwan-Gerry/782999725
Dengan pengenalan Username khas di Facebook ini, URL ke laman web anda boleh menjadi seperti berikut:
http://www.facebook.com/eruwangerry
Kini lebih mudah dan ringkas bukan? Sama seperti username yang boleh anda gunakan di Twitter.
Namun demikian, anda perlu cepat untuk mendapatkan username yang bersamaan dengan nama anda. Jika anda terlambat pasti ada orang lain yang akan mendapatkannya terlebih dahulu.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai username di Facebook di pautan berikut:
Beri Komen









