Pelancaran Wayang Transformers 2

Dikarang oleh Administrator pada June 20, 2009

Semenjak beberapa bulan yang lepas kita telah tanpa henti-henti didedahkan dengan pelbagai promosi untuk wayang terbaru yang akan dilancarkan pada minggu hadapan iaitu Transformers 2: Revenge of the Fallen.

Walau ke mana pun anda pergi, anda pasti akan terlihat promosi sedang giat dijalankan untuk wayang terbaru ini.

Di dalam artikel ini, saya ingin membawa anda untuk melihat perkaitan di antara promosi yang telah dijalankan untuk wayang Transformers 2 ini dengan proses pelancaran produk melalui internet.

transformers 2

Secara ringkasnya, terdapat 4 langkah utama di dalam pelancaran sesuatu produk baru di internet:

1) Hint Produk Baru
2) Sebelum Pelancaran
3) Semasa Pelancaran
4) Selepas Pelancaran

Langkah Satu iaitu Hint Produk Baru berlaku semasa sesuatu idea baru sahaja tercetus dan proses permulaan penghasilan sesuatu produk terbaru itu sedang berlaku. Ini boleh dikaitkan dengan wayang Transformers 2 iaitu semasa kumpulan projek wayang ini sudah berbincang dan bersetuju untuk menghasilkan bahagian kedua di dalam siri wayang Transformers ini. Kumpulan ini telah mula memberikan hint atau mengeluarkan kenyataan yang mereka sedang dalam proses pembikinan wayang ini. Pada ketika itu, tujuan mereka cuma untuk memberitahu orang ramai bahawa projek ini sedang dijalankan. Belum ada lagi promosi secara besar-besaran. Cuma sekadar memberitahu orang ramai bahawa terdapat projek terbaru ini.

Langkah kedua adalah Sebelum Pelancaran. Pada masa ini, kesemua jentera promosi telah digerakkan untuk mempromosikan sesuatu produk terbaru itu sebelum pelancaran rasminya. Untuk wayang Transformers 2, pelbagai strategi promosi telah dilakukan seperti paparan melalui media massa, promosi oleh syarikat-syarikat sokongan (sama seperti konsep affiliate) dengan menghasilkan permainan kanak-kanak, buku cerita dan barangan sokongan lain seperti alat tulis, beg dan hadiah pertandingan. Kesemua ini dilakukan dengan tujuan untuk memaparkan produk tersebut kepada seramai mungkin orang daripada pelbagai lapisan umur. Dengan ini, di dalam minda orang ramai cuma terdapat keinginan untuk melihat produk tersebut (wayang Transformers 2) apabila ianya ditayangkan kelak.

Langkah Ketiga adalah Semasa Pelancaran. Sekiranya segala langkah sebelum ini telah dilakukan dengan betul, maka akan terdapat trafik yang tinggi semasa pelancaran produk ini iaitu semasa wayang ini mula ditayangkan. Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik produk ini adalah memastikan mereka bersedia untuk memberikan apa yang diinginkan oleh pelanggan iaitu dari segi tiket wayang dan kualiti produk atau wayang yang ditayangkan.

Langkah Keempat iaitu Selepas Pelancaran, adalah dengan melakukan back-end sales atau jualan tambahan kepada pelanggan-pelanggan mereka dengan tujuan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Dalam contoh wayang Transformers 2 ini, sudah tentu mereka akan menghasilkan CD dan DVD selepas wayang ini ditayangkan dengan tujuan untuk menggalakkan pelanggan untuk membeli produk baru ini disebabkan mereka berpuashati dengan wayangnya sebelum ini. Jualan tambahan juga boleh dilakukan melalui jualan permainan kanak-kanak, buku cerita dan juga barangan lain yang berkaitan dengan cerita ini.

Begitulah secara ringkasnya proses pelancaran sesuatu produk dengan menggunakan contoh wayang Transformers 2. Proses ini sama untuk sebarang pelancaran yang ingin anda lakukan di dalam dunia internet. Produk-produk terbaru anda perlu melalui keempat-empat langkah ini dengan tujuan untuk memaksimakan keuntungan anda.

Dengan itu, sebelum anda melancarkan sebarang produk terbaru selepas ini, pastikan yang anda mengingati proses pelancaran wayang seperti Transformers 2 ini.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 06-22-2009
    12:56 pm

    Firdaus

    satu promosi yang berkesan


  • 06-22-2009
    5:22 pm

    Alam

    oh saya suka yg kasi hint2 dahulu…4 teknik yg bagus
    saya akan praktikan


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda