Pemergian Michael Jackson Peluang Anda?
Dikarang oleh Administrator pada June 26, 2009
Pada hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis yang amat terkenal di seluruh dunia iaitu Michael Jackson.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada usia 50 tahun di ambang konsert besar-besaran beliau yang akan diadakan tidak lama lagi.

Di sebalik tuduhan dan spekulasi orang ramai dan media mengenai diri beliau, tidak dinafikan yang Michael Jackson merupakan seorang artis yang sangat berbakat dan mempunyai bilangan peminat yang ramai di seluruh dunia.
Oleh kerana itu, apabila dunia dikejutkan dengan pemergian Michael Jackson secara tiba-tiba seperti ini, maka barulah mereka akan teringat mengenai saat-saat indah mereka semasa mendengar lagu atau melihat wajah beliau sebelum ini.
Ini seterusnya akan membuatkan mereka ingin mendapatkan semula nostalgia saat-saat indah tersebut dengan mendapatkan sebanyak mungkin barangan yang boleh mengembalikan memori indah itu kepada mereka.
Pada keadaan seperti inilah barangan sempena kenang-kenangan (memorabilia) Michael Jackson seperti CD lagu, T-Shirt, Video atau sebarang akesesori lain akan laris dijual di pasaran dunia.
Sudah tentu kita bukanlah begitu kejam untuk mengambil peluang di atas kesedihan orang lain, tetapi anda perlu melihatnya dari segi positif iaitu anda sedang membantu orang lain untuk mendapatkan kembali memori indah mereka mengenai Michael Jackson untuk dijadikan kenang-kenangan mereka di sepanjang zaman.
Oleh itu, mungkin terdapat peluang anda untuk membantu orang lain dan pada masa yang sama menjana keuntungan daripada pemergian seorang artis hebat dunia iaitu Michael Jackson.
Fikirkanlah.
Komen
Beri Komen










06-29-2009
1:15 am
Rita Nm
Masa nie la peluang menjana income..bukan mengambil kesempatan.. tapi permergian selebriti luar negara mmbuka ruang kepada kita mencari peluang itu