Bayaran Paparan Premium di Lelong.com.my!

Dikarang oleh Administrator pada June 28, 2009

Semenjak sebulan yang lalu pihak Lelong.com.my telah membuat perubahan ke atas ruangan untuk memberikan diskripsi barang jualan di dalam portal mereka.

Mereka telah mengemaskinikan ruangan untuk memasukkan diskripsi barang jualan di dalam akaun My Lelong dengan tujuan untuk memudahkan ahli-ahli menyenaraikan barangan untuk dijual.

Di antara fungsi terbaru yang telah diberikan keutamaan adalah ruangan Promosi Premium dan juga paparan ranking bayaran premium untuk portal Lelong.com.my seperti apa yang dipaparkan di dalam gambar berikut:

Premium 1

Kepada anda yang tidak mengetahui, bayaran untuk Promosi Premium di Lelong.com.my akan membolehkan anda untuk mendapatkan pendedahan terbaik untuk barang jualan anda. Promosi Premium akan membolehkan paparan barangan anda mendapat pendedahan yang lebih utama berbanding barangan penjual lain yang tidak menggunakan promosi tersebut.

Dengan menggunakan cara promosi ini, maka secara otomatik barang jualan anda akan diletakkan di senarai teratas untuk sebarang carian kata kunci dan juga carian barangan melalui kategori.

Sekiranya anda menggunakan Promosi Premium untuk barang jualan, maka anda akan mendapat tanda Premium di bahagian bawah harga barangan anda dan juga warna kotak paparan anda juga adalah berbeza daripada penjual yang tidak menggunakan Promosi Premium. Ini secara terus akan membantu meningkatkan pendedahan untuk barang jualan anda. Berikut merupakan paparan barangan di dalam kategori barangan dan juga tanda Premium yang akan dipaparkan:

Premium 2

Premium 3

Pada masa ini, harga bayaran untuk Promosi Premium di Lelong.com.my bermula dari RM1 sehingga RM100 berdasarkan populariti kategori barangan yang terdapat di dalam portal tersebut. Untuk kategori barangan yang popular seperti Electronics & Appliances, maka akan ada lebih ramai penjual di dalam kategori tersebut yang menggunakan cara Promosi Premium. Apabila keadaan ini berlaku, penjual yang sanggup membayar harga Promosi Premium yang tertinggi akan mendapat tempat tertinggi di dalam kategori tersebut dan mendapat pendedahan paling utama.

Sebenarnya anda tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapatkan tempat tertinggi dengan membayar harga premium yang terlalu tinggi. Sudah memadai sekiranya barang jualan anda berada di dalam mukasurat pertama untuk sebarang carian kata kunci dan carian kategori barangan. Pembeli biasanya akan melihat kesemua barangan di dalam mukasurat pertama carian mereka sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Oleh itu, anda sepatutnya cuma membayar harga Premium yang membolehkan anda berada di dalam mukasurat pertama untuk carian kata kunci atau kategori barangan anda. Ini akan menjamin yang barangan anda mendapat pendedahan yang sewajarnya di dalam portal Lelong.com.my.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda