Portal Lelongan Online Baru Malaysia: PennyAuction.com.my
Dikarang oleh Administrator pada July 1, 2009
Semasa saya sedang menggunakan portal Facebook tempoh hari, saya terjumpa iklan untuk sebuah portal lelongan online baru di Malaysia iaitu portal PennyAuction.com.my.
Portal ini ternyata masih baru kerana jumlah barangan yang dijual dan dilelong masih lagi amat sedikit.

Di sepanjang sejarah penumbuhan pelbagai portal lelongan online di Malaysia selain daripada Lelong.com.my dan eBay.com.my, hampir kesemuanya telah berkubur atau tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Mungkin kerana disebabkan cara promosi yang tidak berkesan atau keengganan penjual untuk turut serta menjual di dalam portal lelongan online baru tersebut yang mempunyai jumlah keahlian yang sedikit berbanding portal lelongan online besar yang lain.
Apapun sebabnya, memang sejarah dunia telah membuktikan bahawa amat sukar untuk sesuatu portal lelongan online yang telah terlebih dahulu diwujudkan di sesuatu negara ditewaskan oleh sebuah portal lelongan online lain yang diwujudkan selepas itu.
Ini adalah kerana, portal lelongan online pertama tersebut telah berjaya mendapatkan jumlah keahlian yang lebih besar dan telah mewujudkan senarai penjual dan pembeli yang lebih ramai di portal mereka.
Mungkin portal PennyAuction ini juga akan mengalami nasib yang sama. Cuma masa yang akan menentukan.
Kita cuma perlu tunggu dan lihat.
Komen
Beri Komen










07-02-2009
3:34 am
reezluv
tgk dari screenshot tu..memang smart dari lelong…sekali tgk dah macam ebay pun ada..
07-02-2009
4:55 pm
xflixz
Pada pendapat saya,tidak semestinya yang pertama itu hebat.
PennyAuction adalah idea luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia.Mungkin jika cara promosinya berkesan,ia akan menjadi portal lelongan terkenal suatu hari nanti.siapa tahu?
Jika kita lihat pada mudah.my,hanyalah portal classifieds yang memaparkan peta sebagai muka utama,tetapi menjadi antara 10 laman web paling popular di Malaysia tidak smpai hanya setahun.
p/s: hanyalah pandangan peribadi. =)
07-03-2009
12:54 pm
Awe'
Saya ingat web nie hanya jual barang macam biasa jee. Rupanya portal ini menyediakan sistem lelongan…
07-03-2009
7:10 pm
juliana
Nampak macam menarik jugak,cuma mungkin perlukan promosi yang berkesan untuk menarik ramai seller.
07-03-2009
10:58 pm
Administrator
Hello xflixz,
Memang benar, bukan semua idea laman web pertama berjaya. Ada yang tidak berjaya. Ianya selalunya disebabkan pemasaran yang kurang efektif oleh pemilik laman web tersebut ataupun kekurangan dari segi strategi perniagaan laman web itu sendiri.
Buat pengetahuan anda, portal Mudah merupakan laman web pertama yang memaparkan promosi Classified Ads sedemikian rupa yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menjual barangan mereka tanpa perlu menyusahkan diri untuk menghasilkan Classified Ads sebagaimana di portal-portal classified ads yang lain.
Oleh itu, portal Mudah memang menjadi perintis dan pertama dari segi model perniagaan internet sebegini dan belum mempunyai sebarang persaingan lain lagi buat masa ini.
07-07-2009
10:21 am
kayzasoze
Betullah sebijik mcm e-bay
07-07-2009
12:13 pm
nyamoq
pennyauction ni x libatkan seller..hanya dia sendiri yg jual(lelong).
07-15-2009
3:39 am
lalala
system dia agak leceh..bayangla…ke beli bid point dulu sblom bid..then bila kita bid naik 0.01, sampai bila x naik2 arga dia..
lepas tu lepas abis counting 3-2-1, ada checking data, kene tunggu babpe secong lepastu baru tau auction masih jalan or sold. y geram slalu, lepas checking data, ada aja sambung auction..
susah nk main auction diorg, terlalu depends on luck, siapa nasib baik dpat menang arga rendah dan x masuk akal..spa yg bid tpi kalah, hanya membazir bidpoint anda yg berarga rm1.50-2.00 each bid, klo bid 50, buta2 dah rugi rm100…
lain mcm ebay or lelong, klo kita kalah, kita x rugi ape2..
12-14-2009
9:27 am
hanep
salam. rujuk sini. saya ada kongsi berkaitan ni :
http://my.hanep.org/2009/12/hukum-bidaan-di-pennyauction-com-my/
12-14-2009
2:17 pm
Administrator
Hello hanep,
Terima kasih di atas perkongsian anda.