Iklan produk yang melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 di Lelong.com.my!

Dikarang oleh Administrator pada July 4, 2009

Baru-baru ini pihak Interbase Resources Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menguruskan portal Lelong.com.my telah menerima satu surat peringatan daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Surat ini secara langsung memaklumkan kepada pihak Lelong.com.my mengenai iklan-iklan paparan ahli-ahli di Lelong.com.my yang melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi ini telah bertindak di atas aduan-aduan yang telah mereka terima mengenai iklan-iklan yang dipaparkan di dalam portal tersebut.

Secara ringkasnya, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 mengariskan bahawa sebarang iklan untuk produk yang berunsurkan farmaseutikal perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).

Pengiklanan untuk produk-produk kosmetik juga perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan perlu mengikuti garispanduan yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Disebabkan perkembangan terbaru ini, pihak Lelong.com.my telah mula bertindak menghentikan iklan-iklan yang tidak mengandungi maklumat-maklumat yang sewajarnya di dalam diskripsi jualannya.

Sekarang pihak Lelong.com.my juga memerlukan penjual memberikan maklumat kod produk (MAL/NOT Code atau KKLIU Code) untuk produk-produk farmaseutikal yang ingin dijual seperti apa yang dipaparkan di dalam gambar berikut:

Pharmaceutical Code

Oleh itu, sekiranya anda merupakan di antara penjual yang menjual produk-produk farmaseutikal dan kosmetik di portal Lelong.com.my, anda perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan yang produk-produk anda memenuhi akta dan garispanduan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas ini, pihak Lelong.com.my tidak akan teragak-agak untuk menamatkan jualan anda sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda