Workshop Rahsia Raja Lelong Selesai!

Dikarang oleh Eruwan Gerry pada August 9, 2009

Workshop Rahsia Raja Lelong yang pertama baru saja selesai!

Workshop pertama di Malaysia mengenai cara untuk mencapai kejayaan di portal Lelong.com.my sudahpun selesai diadakan pada 8hb Ogos 2009 baru-baru ini di Hotel Melia Kuala Lumpur.

Saya bersama-sama seorang penjual underground di portal Lelong.com.my iaitu Mohd Yuzafi Yunos telah bersama-sama bertindak sebagai fasilitator di dalam workshop ini untuk membimbing para peserta untuk mengetahui cara dan strategi untuk mencapai kejayaan di dalam portal Lelong.com.my.

peserta workshop rahsia raja lelong #1

Rata-rata para peserta workshop amat berpuashati dengan kandungan workshop ini, terutama sekali apabila Yuzafi berkongsi segala rahsia dan tip beliau miliki sebagai seseorang yang merupakan penjual sepenuh masa di portal Lelong.com.my.

Anda sudah terlepas peluang yang hebat kerana tidak menyertai workshop ini!

Saya tidak tahu bila lagi saya akan dapat bekerjasama dengan Yuzafi untuk mengadakan workshop yang seterusnya. Anda perlu menunggu peluang yang seterusnya.

Kepada peserta-peserta workshop - Subra, Suhainizam, Karrno, Nizamuddin, Adrien, Pawi, Yati, Fazli, Zainal, Aida, Azrin, Liza, Ayu dan Amin, saya sangat gembira dapat bertemu dengan anda semasa workshop tempoh hari. Pastikan yang anda melakukan apa yang telah anda tetapkan di dalam Pelan Tindakan anda dan teruskan langkah anda menuju kejayaan di portal Lelong.com.my. Selepas ini, Yuzafi akan menghubungi anda untuk memberi makluman mengenai sesi Personal Coaching.

Anda boleh melihat beberapa gambar lain semasa workshop ini di pautan berikut:

Galeri Workshop Rahsia Raja Lelong #1

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 08-10-2009
    1:24 am

    msarbin

    New experience for me. Very good worshop. TQ


  • 08-11-2009
    3:24 pm

    Fazli

    tq saudara gerry atas perkongsian ilmu. target saya sebelum hujung tahun RM10k. hehehe… need your support.


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda