Business Talk di UiTM Dungun, Terengganu

Dikarang oleh Administrator pada November 15, 2009

Pada 14hb November yang baru lepas, saya telah dijemput oleh pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu untuk menyampaikan Business Talk kepada penuntut-penuntut program Executive Master of Business Administration (MBA) di tempat mereka.

Business Talk ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM iaitu Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid.

Di dalam majlis ini, saya telah menyampaikan Business Talk yang bertajuk Global e-Biz: Opportunities in the New Economy.

peserta business talk uitm

Secara ringkasnya, saya telah berkongsi tentang peluang besar yang terdapat di dalam perniagaan berbentuk e-Business atau e-Commerce. Saya telah menyentuh mengenai perkembangan perniagaan internet di dalam dan luar negara serta saya juga telah berkongsi mengenai model-model perniagaan internet yang utama.

Para peserta talk tersebut telah memberikan sambutan yang amat memberangsangkan semasa talk tersebut diadakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak UiTM kerana telah menjemput saya untuk memberikan talk tersebut.

Anda boleh melihat beberapa gambar yang telah diambil semasa program tersebut melalui pautan berikut:

UiTM Business Talk

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 11-16-2009
    12:05 am

    msarbin

    bravo..bro gerry!


  • 12-13-2009
    11:39 am

    jimie

    waaa..mantap laa bro…bro kne datang utp gak satu hari nty kasi talk kat sini lak…huhu


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda