Masalah Lelong & eBay!

Dikarang oleh Administrator pada November 25, 2009

Semenjak akhir-akhir ini saya sering mendengar rungutan daripada beberapa pihak tentang betapa sukarnya untuk bermula di dalam portal lelongan online seperti di Lelong.com.my dan juga eBay!

Malah ada pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam menjalankan perniagaan di dalam portal-portal tersebut dengan berani mengatakan yang sebenarnya sukar untuk membuat duit dengan menjual di dalam portal-portal tersebut.

duit internet

Pelbagai strategi lain untuk membuat duit di internet pantas disarankan oleh mereka seperti membuat duit melalui promosi affiliate, blog, mini-site atau melalui portal Mudah.com.my.

Jika pada masa ini anda masih lagi melompat dari satu model perniagaan internet kepada model perniagaan internet yang lain dengan tujuan untuk menjana keuntungan melalui dunia online – anda perlu sedar kesilapan anda sebelum terlambat!

Masalahnya di sini adalah pada diri anda sendiri.

Minta maaf kerana terpaksa berterus terang dengan anda, tetapi inilah hakikatnya. Jika anda masih lagi bertindak melompat dari satu model perniagaan internet ke model perniagaan internet yang lain, akhirnya anda tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan yang memberangsangkan dan akhirnya akan berputus asa untuk menjana wang melalui internet.

Setiap model perniagaan internet sama ada lelongan online, affiliate, blog atau sebarang model yang lain boleh memberi keuntungan yang lumayan kepada anda asalkan anda betul-betul fokus terhadap melakukannya dan mempelajari segala-galanya yang anda perlu tahu mengenai cara menjana wang melaluinya.

Saya yakin, jika anda melihat mana-mana pakar internet pada masa kini, sudah pasti nama mereka dikenali disebabkan oleh salah satu model perniagaan internet utama. Tidak ada pakar internet yang terkenal dengan pelbagai model perniagaan internet. Jika ada pun masih terdapat satu model yang menjadi tumpuan utama mereka.

Oleh itu, anda perlu melakukan perkara yang sama.

Pilihlah satu model perniagaan internet yang betul-betul bersesuaian dengan jiwa anda dan pelajarilah segala-gala yang boleh anda pelajari dan ambil tindakan untuk menjana wang melaluinya.

Jika anda mengikuti nasihat ini, sudah pasti anda akan mencapai kejayaan di dalam dunia internet dengan lebih pantas dan mudah.

Tiada masalah sekiranya selepas anda menguasai satu model perniagaan internet, anda ingin mengembangkan perniagaan anda dengan melakukan model perniagaan internet yang lain. Sebenarnya ianya adalah lebih baik kerana anda akan menambah keuntungan anda daripada pelbagai saliran pendapatan.

Pada awal penglibatan anda dalam dunia internet – fokus dulu perniagaan anda, barulah kembangkannya setelah anda mempunyai asas yang kukuh.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 12-08-2009
    4:48 am

    muhamad shafwan

    saya sangat2 setuju dengan artikel saudara. Fokus adalah penting. Perkara yang paling penting jika ingin menjual di portal lelongan seperti lelong dan ebay ialah membuat kajian tentang barang yang hot,pasti berjaya buat jualan.


  • 12-21-2009
    3:30 am

    yelowmoskito

    saya setuju dengan artikal saudara, saya sudah hampir 1 tahun menjalankan perniagaan di ebay.com, dan fokus adalah salah 1 faktor yang penting dalam perniagaan online. baru2 ni saya cuba untuk menembusi pasaran lelong pulak tetapi ………. mungkin rezeki saya belum ada di lelong


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda