Perubahan terkini di dalam dunia perniagaan internet!

Dikarang oleh Administrator pada December 3, 2009

Pada 1hb Disember 2009 yang baru lepas, pihak Federal Trade Commission di Amerika Syarikat telah memulakan akta baru yang akan mengubah landskap perniagaan internet dunia!

Federal Trade Commission merupakan badan kerajaan di Amerika Syarikat yang memantau dan menjaga hak pengguna di negara mereka. Akta baru ini melibatkan semua penjual online yang memaparkan testimonial pelanggan di dalam laman web atau blog mereka.

FTC amerika syarikat us

Akta ini akan dikuatkuasakan ke atas semua warga Amerika Syarikat dan juga mana-mana individu daripada negara luar yang turut menjual kepada penduduk negara Amerika Syarikat. Ini bermaksud, kita di Malaysia yang menjual secara online kepada penduduk negara Amerika Syarikat juga akan terbabit sama.

Akta terkini ini mewajibkan setiap testimonial pelanggan yang terdapat di dalam laman web atau blog jualan kita perlu disertakan dengan bukti sah yang berkaitan.

Sebagai contoh, jika terdapat testimonial pelanggan di dalam laman web jualan anda seperti “Saya berjaya menjana $300 dalam masa 1 jam!”, testimonial ini perlu disertakan dengan gambar atau Screenshot yang membuktikan testimonial tersebut.

Akta ini juga merangkumi testimonial-testimonial untuk niche perniagaan online selain penjanaan wang seperti penurunan berat badan, produk kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh testimonial penurunan berat badan, sekiranya pelanggan memberikan testimonial “Saya telah berjaya menggurangkan berat badan saya sebanyak 10lb dalam masa 3 hari!”, testimonial ini perlu dibuktikan dengan gambar atau Screenshot yang sewajarnya.

Akta ini telah digubal untuk memastikan hak pengguna rakyat negara Amerika Syarikat terjamin daripada menjadi fokus penipuan oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab yang menjual secara online dan memberikan testimonial tipu.

Mana-mana individu yang didapati melanggar akta ini (walaupun seseorang daripada luar negara Amerika Syarikat), individu tersebut boleh didenda sehingga $30,000 dan laman web mereka boleh dihentikan serta-merta tanpa sebarang rayuan.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai sama ada produk-produk jualan di eBay akan turut terbabit dengan perubahan akta ini. Namun demikian, memandangkan eBay merupakan syarikat dari Amerika Syarikat, saya amat yakin perubahan ini juga akan membabitkan produk-produk yang dijual di eBay.

Pastikan anda melihat semula semua laman web jualan, blog dan diskripsi jualan eBay anda untuk pasaran luar negara dan pastikan tiada sebarang testimonial yang melanggar akta terkini ini.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 12-04-2009
    2:41 am

    ApihHalim

    “Mana-mana individu yang didapati melanggar akta ini (walaupun seseorang daripada luar negara Amerika Syarikat), individu tersebut boleh didenda sehingga $30,000 dan laman web mereka boleh dihentikan serta-merta tanpa sebarang rayuan.”

    ayat ni paling menakutkan..tapi ape yang mereka buat memang perlu sebab sekarang ni byk program yang scam


  • 12-04-2009
    2:49 pm

    technokrz

    wau..semakin hari semakin mencabar bidang perniagaan online ni.


  • 12-05-2009
    10:49 pm

    rohaniah noor

    langkah yg baik untuk elakkan penipuan.
    cuma kena tambah prosedur la untuk penyediaan testimonial tu.


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda