Rahsia Kejayaan Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Dikarang oleh Administrator pada February 4, 2010

Pada 3hb Februari yang baru lepas, saya berpeluang bersama-sama salah satu ikon dan pakar motivasi yang paling terkenal di Malaysia iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di dalam satu majlis rasmi.

Di dalam kesempatan saya berbual bersama beliau, saya telah bertanyakan kepada beliau salah satu soalan yang sudah lama yang ingin saya ajukan kepada beliau iaitu “Apakah rahsia kejayaan beliau?”

Buat pengetahuan anda, Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah sudah lama berada di dalam bidang motivasi tetapi masih mampu menduduki tempat teratas di antara pakar-pakar motivasi yang utama di negara Malaysia walaupun bidang yang beliau ceburi mempunyai ramai pesaing!

Di dalam kesempatan tersebut, beliau telah berkongsi dengan saya beberapa perkara yang menjadi “rahsia” kejayaan beliau tetapi ianya terlalu panjang untuk saya kongsikan di sini. Insya-Allah saya akan menghasilkan satu laporan khas berkenaan rahsia yang telah beliau kongsikan kepada saya dan setelah ianya siap nanti saya akan berikan kepada anda secara percuma.

Di sini saya cuma ingin berkongsi salah satu dari rahsia yang telah beliau kongsikan bersama saya iaitu – sentiasa berusaha melakukan yang terbaik!

Dalam apa jua perkara yang beliau lakukan, Dato’ akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak suka untuk melakukan sesuatu dengan sambil lewa atau tidak dengan sepenuh hati. Beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua yang beliau lakukan.

Sikap inilah yang telah mampu membantu beliau untuk terus berada di puncak tertinggi senarai pakar motivasi yang terdapat di Malaysia pada masa kini.

Pada saya, sikap hebat yang beliau miliki ini wajib dicontohi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira apa jua bidang yang anda ceburi.

Di dalam perniagaan internet, anda perlu memiliki sikap ini untuk membolehkan anda mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi. Terlalu ramai orang yang menceburi sesuatu model perniagaan internet pada masa kini tetapi hanya melakukannya dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya, hasil yang mereka perolehi tidaklah seberapa. Ini akan mengakibatkan mereka menyalahkan model perniagaan internet tersebut yang telah menyebabkan mereka tidak mampu mencapai kejayaan walhal sebenarnya ia adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang tidak bersungguh-sungguh di dalam melakukan model perniagaan tersebut.

Oleh itu, jika anda ingin mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi, contohilah sikap Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah iaitu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan.

Nantikanlah laporan khas percuma saya mengenai rahsia-rahsia lain sebagai faktor kejayaan Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah tidak lama lagi.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 02-04-2010
    2:21 pm

    Lisa

    tak sabar nak tunggu laporan khas


  • 02-04-2010
    2:42 pm

    joperi

    satu informasi yang berguna kepada semua perniagaan IT atau yg lain.


  • 02-04-2010
    3:20 pm

    zamrii

    Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah adalah salah seorang pakar motivasi yang sangat hebat dan saya meminatinya.


  • 02-04-2010
    3:22 pm

    Nabieel SR

    Pasti seronok dapat berjumpa dengan ikon terkenal.

    Pengalaman saya berjumpa dengan jutawan hartanah Malaysia Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar
    di satu perjumpaan ringkas di antara pemilik dengan staff adalah cukup memberi motivasi.

    Antara kata-kata dia yang saya ingat adalah “saya buat semua ini adalah untuk menolong orang melayu” ini bermakna beliau bukan mahu kaut untung semata-mata :)


  • 02-04-2010
    5:22 pm

    Nizam Malek

    Yup, thanks in advance for the free report. =D

    Gerry is my great and true mentor for lelong.com.my and online business. Thanks a lot!!


  • 02-04-2010
    9:16 pm

    Aqif

    Terima kasih atas perkongsian Tuan Eruwan ini.

    Saya yakin perkongsian ini merupakan salah satu rahsia utama Tuan Fadzilah Kamsah berjaya menjadi salah seorang pengaruh kuat dalam bidang yang diceburi.


  • 02-05-2010
    1:09 am

    Abu

    ada laporan khas mengenai perkara nie.. ini sudah bagus tu.. tak sabar rasanya..

    tapi apa yang saudara gerry katakan tu semua adalah benar kita kena buat yang terbaik untuk menjadi orang yang terbaik..


  • 02-05-2010
    4:13 am

    zul

    Salam, Dato’ Fadzillah juga merupakan ikon saya. Laporan khas di atas akan dapat memberikan kita banyak pengetahuan memandangkan Dato’ adalah pakar yang amat berpengalaman dalam bidangnya.


  • 02-05-2010
    11:01 pm

    isham

    tips motivasi yang bagus untuk menaikkan semangat yang luntur…tq


  • 02-09-2010
    2:18 am

    Zulfaka Ali

    Saya mengenalinya semenjak menuntut di UPM lagi ketika beliau masih menjawat jawatan Ketua Jabatan di Jabatan Komunikasi. Beliau memang seorang yang berwibawa dan sentiasa menceriakan keadaan dalam setiap ceramah motivasinya. Tahniah kepadanya, walaupun itu adalah 14 tahun lalu beliau tetap no.1 di antara pakar motivasi di negara ini.


  • 02-10-2010
    8:42 am

    rusliesophian

    Terima kasih atas perkongsian menarik. Pertama kali saya berjumpa Dato Dr. Fadilah Kamsah pada akhir tahun lalu berbincang untuk satu program motivasi di RTM. Beliau seorang yang mudah mesra dan banyak lontaran idea yang bernas.


  • 03-13-2010
    7:29 am

    hafidzah

    Saya berbangga dengan sifat jati diri yang ada pada dr.fadzilah kamsah. Banyak yang dapat dipelajari hasil dengan ceramah dan motivasi yang telah beliau adakan. Tahniah, saya tunggukan laporan khas dari anda.


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda