Kuasa Newsletter Store di eBay!

Dikarang oleh Administrator pada November 17, 2009

Pemilik store di eBay diberikan satu fungsi yang hebat iaitu pemberian newsletter khas untuk store anda.

Apabila pembeli atau pengunjung mengunjungi store anda, anda berpeluang menawarkan kepada mereka untuk menyertai senarai subscriber newsletter store anda. Dengan ini, anda boleh menghantar update terkini kepada pelanggan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai barang-barang jualan anda.

ebay newsletter

Bagaimana untuk menghantarnya?

Pertama, pelanggan atau pengunjung perlu mendaftar untuk menerima newsletter daripada anda. Ini boleh berlaku apabila pelanggan atau pengunjung yang mengunjungi eBay Store anda melihat ruangan pendaftaran yang telah anda sediakan di dalam store anda.

Setelah anda memiliki subscriber, anda sepatutnya mula menghantar newsletter anda kepada mereka. Untuk menghantar newsletter, anda perlu pergi ke ruangan My eBay anda, klik pada Marketing Tools dan klik pada Email Marketing. Setelah anda melakukan perkara tersebut, anda boleh klik pada Create Email dan anda boleh mula mengarang.

Apa yang anda perlu anda lakukan seterusnya adalah menulis tajuk email dan maklumat yang ingin anda sampaikan.

Anda boleh memilih sebarang maklumat yang ingin anda sampaikan kepada subscriber anda. Anda boleh menggunakan tajuk email seperti “Senarai Produk Terkini!” atau “Tawaran Diskaun Hebat!” untuk menarik minat subscriber untuk membaca email anda.

Anda sepatutnya mengkaji keberkesanan email atau newsletter yang anda hantar kepada subscriber anda.

Setiap kali anda menghantar email, eBay akan mengeluarkan satu laporan untuk memberikan maklumat keberkesanan email anda. Anda boleh melihat laporan tersebut dengan cara pergi ke laman web Email Marketing dan klik pada tajuk email yang telah anda hantar.

Laporan ini akan menunjukkan maklumat berapa ramai orang yang telah menerima email anda, berapa yang telah membukanya, berapa yang telah klik pada pautan produk atau store eBay anda, jumlah yang telah membida dan jumlah pembelian Buy It Now daripada email tersebut. Berdasarkan maklumat yang telah anda perolehi, anda boleh memperbaiki email atau newsletter seterusnya yang anda hantar kepada subscriber anda.

Oleh itu, jika anda merupakan seorang pemilik eBay Store di eBay, anda perlu menggunakan strategi mudah ini untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda di eBay untuk jangkamasa panjang.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 11-18-2009
    10:39 am

    apiz79

    Tips yang bagus, saya just nak tanya bro eruwan, adakah newsltter ebay ni boleh diintegrasikan dengan autoresponder?


  • 11-18-2009
    3:22 pm

    Administrator

    Hello apiz79,
    Malangnya newsletter eBay tidak boleh diintegrasi dengan autoresponder seperti Aweber atau GetResponse. Jika anda memang subscribe pada perkhidmatan autoresponder, adalah lebih baik menggunakannya untuk menguruskan subscriber anda berbanding dengan menggunakan fungsi newsletter eBay.


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda