Strategi Jualan Backend di Lelong dan eBay
Dikarang oleh Eruwan Gerry pada January 8, 2010
Strategi jualan backend merupakan salah satu strategi penjualan yang sering kita dengar di dalam dunia pemasaran internet.
Namun demikian, strategi ini amat kurang digunakan oleh penjual-penjual di portal lelongan Lelong.com.my dan juga eBay!
Secara ringkasnya, strategi jualan backend merupakan satu proses di mana anda sebagai seorang penjual menawarkan produk lanjutan kepada seseorang pelanggan yang telah membeli daripada anda.

Sebagai contoh, anda merupakan seorang penjual rantai leher wanita di Lelong atau eBay, apabila seseorang membeli rantai leher daripada anda, proses seterusnya adalah anda boleh menawarkan kepada pembeli tersebut anting-anting wanita yang berpadanan dengan rantai yang telah dibeli tadi. Dengan berbuat demikian, memandangkan pelanggan tadi sudah membeli rantai leher, maka kebarangkalian adalah lebih tinggi yang pelanggan tersebut akan turut membeli anting-anting yang anda tawarkan itu kerana ia akan membolehkan pelanggan tersebut memiliki satu set perhiasan diri yang lengkap.
Strategi ini boleh digunakan untuk apa jua barangan yang anda jual di Lelong atau eBay.
Jika anda menjual kamera, anda boleh menawarkan aksesori-aksesori yang berkaitan dengan model kamera yang telah dibeli sebagai jualan backend anda. Jika anda menjual baju, anda boleh menawarkan seluar yang berpadanan dengan baju tadi… dan begitulah seterusnya. Apa yang penting di sini adalah produk yang anda tawarkan sebagai backend perlulah mempunyai perkaitan dengan produk utama yang telah berjaya anda jual tadi.
Persoalan pertama adalah – bilakah masa terbaik untuk menawarkan jualan backend kepada pelanggan-pelanggan anda?
Masa terbaik adalah selepas pembelian pertama atau paling tidak adalah dalam tempoh beberapa hari sehingga seminggu selepas pelanggan tersebut membeli produk pertama tadi. Strateginya di sini adalah untuk menggalakkan pelanggan tadi membeli lagi daripada anda memandangkan dia kini berada di dalam mood ingin membeli.
Persoalan seterusnya adalah – bagaimana cara untuk menawarkan produk backend kepada pelanggan-pelanggan anda?
Cara terbaik adalah melalui email. Memandangkan pihak Lelong.com.my dan juga eBay akan memberikan anda maklumat email pembeli selepas berlaku transaksi urusniaga pembelian, maka anda boleh menggunakan email tersebut untuk melakukan promosi. Selain itu, anda juga boleh terus menghantar mesej melalui portal Lelong atau eBay kepada UserID pelanggan tadi dan menawarkan jualan backend anda di dalam mesej tersebut.
Dengan menggunakan strategi ini, anda dengan mudah boleh meningkatkan pendapatan di portal Lelong.com.my dan juga eBay dan pada masa yang sama membina senarai pelanggan yang akan menjadi satu sumber pendapatan yang baik kepada perniagaan anda untuk satu jangkamasa yang panjang.
Pastikan anda menggunakan strategi ini di dalam perniagaan anda!
Komen
Beri Komen










01-08-2010
3:27 pm
ikhwan
sound so interesting! terima kasih yg x terhingga atas panduan ini. something must be done this 2010.
01-08-2010
3:34 pm
Taufik Ramly
Info yang tepat dan berkesan .
Akan digunakan dalam strategi pemasaran saya .
Terima kasih sekali lagi.
01-08-2010
3:38 pm
Tips Lelong.com.my
potensi jualan kedua dan seterusnya akan meningkat kalau buyer berpuas hati dengan produk pertama. bukan saja puas hati dgn produk, tetapi servis juga diambil kira. so make sure kedua2 tu kena jaga. once buyer dah x puas hati dgn pembelian pertama, kemungkinan besar jualan backend tak akan menjadi. just my 2.9cent!
01-08-2010
4:33 pm
Administrator
Hello Ahfiz,
Memang betul. Pastikan produk anda berkualiti dan perkhidmatan yang anda berikan adalah yang terbaik mungkin. Dengan berbekalkan usaha dan kredibiliti anda sebagai seorang penjual yang baik, maka jualan backend tidak akan menjadi masalah.
01-08-2010
5:20 pm
ezord
yup..thanks for the info.kalau tengok di kedai2 pun ade yang buat strategi ni…dah confirm nak beli 1, dia jolok lagi 1 item untuk dibeli..dah 2 ade lagi tu yang dok bz promote lagi..marketing strategy..thanks bro
01-09-2010
10:02 am
Khairul
Tips yang bermanfaat. Mungkin cara ini juga seperti servis selepas jualan untuk memastikan pelanggan terus setia membeli produk dibekalkan. Saya juga baru lancarkan produk yang mungkin sesuai untuk jualan di laman-laman tersebut. Dengan tahun baru Cina, hari ibu dan sebagainya mungkin produk ini sesuai
01-10-2010
1:32 pm
Suhaimi
Saya bersetuju dengan infor kamu semua. Semau nya bermanfaat untuk kita gerakkan perniagaan kita lebih cergas bagi tahun ini. Terima kasih kepada semua.
01-13-2010
7:24 am
ijamidayu
Thanks 4 sharing bro.. NEWBIE cam aku kena test lepas nie lak…
01-14-2010
4:55 am
http://nihonshouhin.blogspot.com
Thanks,
Strategi penjualan cara org di Jepun!
Thumbs up!
06-19-2010
5:52 am
puyo
very gud info. jom apply