Blog Rahsia Raja Lelong

Tunjuk Ajarku Sifu!
Apa yang akan anda lakukan sekiranya menghadapi masalah dalam perniagaan internet anda?

Saya yakin anda akan cuba mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan membuat carian melalui Google.

Masalahnya terdapat terlalu banyak cadangan dan saranan bagi menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Ada saranan yang boleh anda pakai dan ada saranan yang langsung tidak masuk akal!

Selalunya untuk mendapatkan saranan yang dapat betul-betul membantu akan memakan masa yang lama kerana anda perlu “melompat” dari satu laman web ke laman web yang lain untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Cabaran untuk mencari jawapan kepada persoalan anda adalah lebih tinggi sekiranya anda baru saja menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet. Anda akan rasa kecewa sekiranya tidak dapat mencari jawapan kepada persoalan atau masalah yang anda hadapi.

Saranan saya sekiranya anda merupakan seorang usahawan internet baru adalah untuk mendapatkan seorang mentor untuk membimbing anda untuk mengharungi liku-liku di dalam dunia perniagaan internet.

Mentor berperanan untuk memberikan nasihat dan tunjukajar dalam setiap aspek perniagaan anda. Dengan adanya mentor, anda tidak perlu bimbang sekiranya anda menghadapi masalah kerana mereka akan sentiasa bersedia untuk membantu. Ini adalah kerana seorang mentor biasanya sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang anda ingin ceburi. Oleh kerana itu, mereka digelarkan sebagai mentor atau sifu!

Kos untuk mendapatkan seorang mentor yang boleh memberikan bimbingan atau personal coaching kepada anda secara langsung selalunya agak tinggi. Jika anda mampu, ianya amat berbaloi kerana bukan sahaja seorang mentor mampu memendekkan proses pembelajaran anda, malah anda tidak perlu mencuba-cuba sesuatu yang baru yang belum tentu lagi berkesan untuk anda. Anda pasti akan dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga di dalam menjalankan perniagaan internet anda dengan bimbingan mentor tersebut. Sudah pasti kos anda untuk membayar mentor tersebut adalah jauh lebih kecil jika dibandingan dengan wang, masa dan tenaga anda yang disia-siakan sekiranya melakukan kesilapan besar di dalam pengembaraan anda itu.

Jika anda masih belum berkemampuan untuk mendapatkan bimbingan mentor secara peribadi, cara terbaik yang seterusnya adalah dengan mendapatkan mentor secara tidak langsung. Pilih seorang mentor yang anda minati berdasarkan kajian anda di dalam model perniagaan internet yang anda ingin ceburi. Boleh jadi mentor tersebut pernah menghasilkan buku, ebook, video atau seminar yang baik berkenaan model perniagaan internet yang anda minati dan itu menjadikan mereka calon yang baik untuk anda turuti.

Setelah anda mengenalpasti mentor tersebut, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan segala bahan rujukan yang boleh anda perolehi daripadanya samada secara berbayar atau secara percuma. Anda boleh menyertai newsletter-nya, fanpage-nya atau blog-nya. Anda boleh belajar segala-galanya yang anda boleh daripada bahan-bahan rujukan yang disediakan oleh mentor tersebut. Lambat laun, anda juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti mentor anda itu jika anda terus berusaha!

Anda harus ingat bahawa, tidak semua mentor atau sifu sesuai untuk model perniagaan anda. Anda perlu kenal pasti individu yang mempunyai kredibiliti, reputasi dan telah berjaya di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi itu. Jangan terus tertarik dengan kata-kata manis seseorang yang menggelarkan diri mereka “mentor” atau “sifu” tanpa terlebih dahulu melakukan kajian latar belakang individu tersebut. Pada zaman sekarang, terlalu ramai orang yang suka mengaku pandai walaupun sebenarnya tidak tahu apa-apa langsung! Mereka cuma mahu mengambil wang anda tanpa memberi apa-apa nilai tambahan kepada pengetahuan anda.

Jika anda sudah mengenalpasti mentor yang sesuai dengan citarasa anda, tidak semestinya anda perlu menjadi klonnya. Seorang mentor yang baik mampu membimbing anda menjadi seorang individu yang berjaya dengan memiliki pengetahuan mereka tetapi dengan gaya anda yang tersendiri. Sekiranya mereka hanya mahir menghasilkan salinan atau klon mereka sahaja, boleh jadi mentor tersebut tidak sesuai untuk anda. Ia seperti proses salin dan tampal yang hanya boleh dibuktikan berjaya di atas kertas dan bukan dalam alam realiti. Selalunya individu klon seperti ini tidak akan dapat bertahan lama di dalam dunia perniagaan internet kerana mereka tidak memiliki identiti mereka yang tersendiri. Strateginya di sini adalah untuk mengunakan segala ilmu yang anda pelajari dan mewujudkan identiti usahawan anda yang tersendiri. Ini akan membuatkan diri anda mudah diingati oleh orang lain.

Anda juga harus tahu bahawa anda tidak terhad untuk memiliki satu mentor sahaja. Anda boleh memiliki melebihi dari seorang mentor secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana setiap mentor memiliki kepakaran yang berbeza antara satu sama lain. Dalam perniagaan internet, bukannya hanya ada satu proses sahaja. Terdapat pelbagai proses seperti pemasaran, komunikasi, kewangan, kepemimpinan dan banyak lagi. Pemahaman dan penguasaan anda di dalam setiap bidang tersebut melalui bantuan mentor akan menjadikan anda seorang usahawan yang lebih lengkap.

Akhir sekali, dalam apa juga bidang yang anda ceburi, sentiasa ada batasan bahasa yang mengekang hubungan antara mentor-mentee. Walau hebat bagaimana pun Robert G. Allen, sekiranya anda tidak mahir berbahasa Inggeris, pengalaman dan pengetahuan beliau akan menjadi sia-sia dan tidak dapat digunakan oleh anda. Pilih seorang mentor yang anda boleh fahami bahasa pertuturan dan penulisannya. Di Malaysia, sudah terdapat ramai usahawan internet yang telah berjaya dalam pelbagai model perniagaan internet dan mereka semua boleh berbahasa Malaysia. Anda boleh menjadikan mereka sumber mentor yang baik untuk perniagaan anda.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sehingga berjumpa di dalam kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya!

Strategi Harga Jualan di Portal Lelong & eBay
Mendaftarkan kedai online di portal Lelong dan eBay – Dah.

Membuat pemilihan barang untuk dijual – Dah.

Menyiapkan surat jualan dan deskripsi barang – Baru siap.

Ketika itu, anda semestinya bersemangat untuk meletakkan barang pertama anda untuk dijual dan seterusnya melihat pembeli berkunjung ke kedai online anda dan membuat bidaan ke atas barang jualan anda. Namun demikian, sebelum itu, anda perlu terlebih dahulu menentukan harga jualannya.

Menentukan harga jualan yang bersesuaian adalah langkah penting yang tidak boleh diambil mudah bagi memaksimakan potensi untuk mendapat keuntungan daripada perniagaan online anda.

Berikut saya kongsikan empat strategi yang boleh anda aplikasikan di dalam menentukan harga jualan barang anda:

1. Hitung Kos

Strategi ini adalah yang paling mudah untuk diaplikasikan – iaitu dengan mengambil kira kos anda, ditambah dengan keuntungan yang anda inginkan, dan jumlah kedua-dua ini adalah harga jualan bagi barang anda.

Untuk menentukan kos, anda perlu menyenaraikan Perbelanjaan Langsung serta Perbelanjaan Tidak Langsung.

Perbelanjaan Langsung adalah seperti harga belian barang tersebut seperti caj penyimpanan, kos insurans, caj pengendalian dan lain-lain. Sebagai contoh, barang jualan anda adalah kasut yang diimport dari luar negara. Anda perlu kira harga kasut tersebut, caj penghantaran dan kos insurans untuk mengetahui Perbelanjaan Langsung anda.

Perbelanjaan Tidak Langsung pula adalah kos yang anda tanggung tetapi tidak berkait langsung dengan kos Perbelanjaan Langsung yang perlu anda keluarkan untuk membeli bekalan barang. Contoh Perbelanjaan Tidak Langsung adalah seperti kos untuk mendaftarkan kedai online, kos upah penulis untuk menuliskan surat jualan atau kos promosi untuk barang anda.

Oleh itu, kos keseluruhan penjualan anda adalah hasil penambahan kos langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, jika kos langsung anda untuk menjual satu pasang kasut import adalah RM100 dan kos tidak langsung anda adalah RM10, maka kos keseluruhan anda adalah RM110 untuk menjual kasut  tersebut.

Langkah berikutnya adalah menentukan kadar keuntungan yang anda inginkan ke atas kos keseluruhan. Sebagai contoh anda boleh menetapkan ingin mengambil 10% keuntungan atau RM10 keuntungan di atas harga kos anda untuk menjual kasut tadi. Jika anda mengambil RM10 keuntungan, maka harga jualan kasut tersebut adalah RM120 (RM110 + RM10).

2. Tinjau Harga Pesaing

Strategi kedua adalah dengan meninjau harga jualan yang ditetapkan oleh penjual lain bagi barang yang sama atau hampir sama dengan barang jualan anda. Strategi ini adalah penting kerana anda perlu menentukan harga anda supaya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah berbanding harga mereka. Harga mereka boleh dianggap sebagai harga pasaran di mana pembeli sanggup membayar jumlah tertentu untuk mendapatkan barang tersebut.

Jadi, bagaimana caranya untuk mengetahui harga pesaing anda?

Mudah sahaja, anda cuma perlu membuat carian menggunakan kata kunci barang yang ingin anda jual, seperti “Adidas”, “kasut import” atau “kasut sukan” di portal Lelong dan eBay. Hasil carian akan menyenaraikan jumlah barang berserta harga yang ditetapkan oleh penjual lain.

Langkah berikutnya adalah untuk anda menentukan harga jualan barang anda sendiri supaya tidak lari jauh daripada harga pesaing anda. Sekiranya anda memutuskan untuk mengikut sahaja harga mereka, atau tinggi sedikit daripada harga mereka, maka anda perlu membuat sedikit kajian mengenai persamaan dan perbezaan barang anda dengan barang mereka. Anda mungkin perlu kemaskini surat jualan anda supaya nampak lebih menonjol berbanding surat jualan pesaing anda untuk lebih meyakinkan pembeli untuk membeli daripada anda berbanding penjual lain.

3. Harga Berdasarkan Nilai (Perceived Value)

Strategi ini bermain dengan psikologi pembeli iaitu harga jualan ialah satu harga yang dianggap oleh pembeli sebagai bersesuaian dengan nilai barang anda. Sebagai contoh, rata-rata rakyat Malaysia menganggarkan nilai sepasang kasut sukan yang diimport berjenama Adidas adalah RM180. Maka anda boleh meletakkan harga jualan bagi kasut sukan Adidas anda pada harga RM180. Jika kos anda untuk mendapatkan bekalan kasut ini cuma RM110 sahaja. Maka ini bermaksud margin keuntungan anda adalah RM70 ke atas harga kos bagi setiap pasang kasut yang terjual!

Oleh itu, anda boleh menggunakan Nilai Andaian atau Perceived Value untuk pasaran barangan anda untuk menetapkan harga jualan.

4. Harga Penjenamaan

Strategi terakhir adalah menentukan harga jualan berdasarkan penjenamaan perniagaan anda, sama ada penjual kelas atasan, kelas sederhana atau kelas biasa. Strategi ini amat sesuai digunakan sekiranya anda menjual perkhidmatan di kedai Lelongan online anda, seperti khidmat penulisan artikel, khidmat nasihat dekorasi pejabat, atau khidmat pencucian dari rumah ke rumah. Sebagai contoh, fikirkan sepasang kemeja berjenama Dunhill berbanding sepasang kemeja tidak berjenama. Sudah tentu akan terlintas di minda pembeli bahawa kemeja Dunhill adalah lebih berkualiti tinggi berbanding kemeja yang tidak berjenama tadi.

Sepertimana perkhidmatan yang anda tawarkan melalui kedai online, sekiranya anda meletakkan harga penjual kelas atasan, anda perlu memberi justifikasi kepada pembeli melalui surat jualan anda kenapa harga anda adalah tinggi berbanding penjual lain. Anda mungkin perlu menjelaskan dari segi pengalaman kerja, pencapaian, atau maklumbalas positif yang telah anda terima daripada pelanggan lain sebelum ini.

Oleh itu, sekiranya penjenamaan anda adalah berprofil tinggi, maka anda boleh memberikan harga jualan yang tinggi untuk menggambarkan kualiti jenama anda. Jika penjenamaan anda belum lagi berprofil tinggi, maka lebih baik anda menggunakan harga yang setara dengan harga pasaran atau tinggi sedikit supaya anda boleh mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah berbanding jika anda meletakkan harga jualan yang tinggi.

Itulah dia sedikit perkongsian mengenai strategi harga jualan yang boleh anda aplikasikan di dalam perniagaan anda di portal Lelong dan eBay. Saya doakan semoga anda berjaya mencapai keuntungan yang baik di dalam perniagaan anda.

Sehingga berjumpa lagi di dalam kesempatan yang lain salam hormat & salam kejayaan!

Review Buku – Urus Sendiri SOHO Anda
Artikel saya pada kali ini adalah review untuk salah satu buku yang baru saja saya selesai membacanya iaitu buku Urus Sendiri SOHO Anda terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku ini telah dikarang oleh salah seorang sahabat Usahawan Internet saya iaitu saudara Mohd Zulfadli bin Suddin atau lebih dikenali dengan nama glamornya Smart Zul bersama Malina J juga salah seorang lagi usahawan internet.

Secara ringkasnya, buku ini adalah berkisar tentang cara untuk memulakan dan menguruskan perniagaan anda daripada rumah atau lebih dikenali sebagai SOHO.

SOHO telah datang daripada ringkasan perkataan Bahasa Inggeris Small Office, Home Office. Dalam Bahasa Malaysia, ianya bermaksud ruang pejabat kecil yang dilakukan di rumah.

Oleh itu, konsep SOHO ini lebih menjurus kepada mereka yang menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah. Usahawan ini menyediakan ruangan khas di dalam rumah mereka untuk dijadikan sebagai pejabat mereka. Inilah yang ditekankan di dalam konsep SOHO.

Objektif utama kedua-dua penulis dalam menulis buku ini adalah untuk memberikan tip-tip dan saranan jitu mengenai pengurusan SOHO anda. Buku ini telah dipersembahkan dengan gaya penulisan yang santai tetapi penuh dengan tip-tip berguna yang telah datang daripada pengalaman kedua-dua penulis ini.

Kandungan buku ini telah dipecahkan kepada 6 bahagian seperti berikut:

Bahagian 1

1. Apa Itu SOHO?

2. Mengapa SOHO Menjadi Pilihan?

3. Contoh Bisnes SOHO

4. Undang-Undang Berkaitan SOHO

5. Rancangan Perniagaan SOHO

Bahagian 2

6. Peralatan Pejabat SOHO

7. Pemilihan Ruang Pejabat di Rumah

8. Diari Kerja

9. Pengurusan Fail dalam Kabinet

10. Alat Tulis dan Komunikasi

11. Peralatan dan Aksesori Komputer

Bahagian 3

12. Pengurusan Wang Masuk dan Wang Keluar

13. Pengurusan Akaun Kewangan

Bahagian 4

14. Pengurusan Produk

15. Mengurus Rekod Pelanggan

16. Mengurus Operasi Perniagaan

17. Dokumentasi Tugas Rutin

18. Urus Bisnes Cara Alaf Baru

Bahagian 5

19. Kesihatan Usahawan SOHO

20. Keselamatan SOHO

21. Pengurusan Masa

22. Motivasi dan Kuasa Kejayaan

Bahagian 6

23. Promosi Cara Tradisional

24. Promosi Cara Moden: Facebook

25. Promosi Cara Moden: Blog

26. Urus Promosi dan Pemasaran

Seperti yang dapat anda lihat di dalam senarai kandungan di atas, buku Urus Sendiri SOHO Anda telah merangkumi keseluruhan spektrum untuk menguruskan SOHO anda.

Berdasarkan pengamatan saya semasa membaca buku ini, ianya amat sesuai buat mereka yang mahu menguruskan perniagaan mereka sendiri daripada rumah tetapi tidak tahu dari mana ingin bermula. Kepada mereka yang sudah menguruskan SOHO sendiri, anda masih boleh mendapat tip-tip yang berguna untuk anda gunakan di dalam melakukan optimasi pejabat di rumah anda itu.

Saya secara peribadi menyukai Bahagian 3 dan Bahagian 4 kerana kedua-dua penulis telah berkongsi pengalaman yang penting di dalam menguruskan SOHO anda dari segi pengurusan kewangan, produk dan juga dokumentasi di dalam kedua-dua bahagian ini. Selalunya usahawan internet baru kurang kemahiran di dalam menguruskan perkara-perkara ini dengan bijak. Oleh kerana itu, ia merupakan satu perkongsian yang baik untuk semua pembaca.

Secara keseluruhan, pada hemat saya buku ini memang wajib dimiliki oleh semua usahawan internet yang menguruskan perniagaan mereka daripada rumah. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini pasti akan dapat membantu anda menguruskan SOHO anda dengan lebih baik dan mampu membantu meningkatkan prestasi perniagaan anda dalam jangkamasa panjang.

Tahniah saya ucapkan kepada Zulfadli dan Malina di atas penghasilan buku yang mantap ini!

Sehingga berjumpa lagi di dalam kesempatan yang lain, salam hormat & salam kejayaan dari saya.

Strategi Pemilihan Barang Untuk Dijual di Lelong & eBay
Terdapat pelbagai barangan yang diniagakan melalui portal Lelong dan eBay setiap hari. Sebahagian barangan ini amat popular sehingga mampu mendapat bilangan bidaan yang tinggi. Ini bermaksud potensi untuk barangan tersebut terjual adalah tinggi. Manakala sebahagian barangan lagi ada yang langsung tidak mendapat sebarang bidaan. Ini bererti kemungkinan tiada permintaan untuk barangan tersebut.

Sekiranya anda merupakan seorang penjual baru di portal Lelong atau eBay dan sedang tercari-cari apakah barangan yang sesuai untuk anda jual, tip-tips di bawah akan membantu anda membuat pemilihan yang bersesuaian, dan seterusnya mengaut keuntungan maksimum daripada perniagaan anda:

1. Minat Vs Permintaan

Ramai yang menasihatkan untuk mula memilih barang jualan berdasarkan minat anda, bertepatan dengan perumpamaan: “Choose something close to your heart”. Sebagai contoh, sekiranya anda peminat barangan sukan, anda mungkin memilih untuk menjual jersi bola, kasut sukan atau aksesori sukan. Dan sekiranya anda minat membaca, anda mungkin memilih untuk menjual buku terpakai, ebook atau buku terlaris di pasaran.

Akan tetapi, pemilihan barang berdasarkan minat semata-mata adalah tidak mencukupi. Anda perlu mempertimbangkan minat dengan permintaan pembeli. Sinergi antara minat anda dengan permintaan pembeli akan meningkatkan potensi barang anda untuk terjual di Lelong dan eBay.

Bagaimanakah untuk meninjau permintaan pembeli? Mudah saja. Anda cuma perlu melihat senarai “Hot Items” di laman web Lelong dan melihat senarai “eBay Pulse” di eBay dan anda boleh melihat senarai barangan yang mendapat permintaan dan bidaan tertinggi dari semasa ke semasa.

Ini bermaksud anda boleh menggunakan sistem Lelong dan eBay sendiri untuk mendapatkan hasil tinjauan yang tepat. Sebagai contoh, sekiranya anda peminat barangan sukan, dan anda melihat barang seperti jersi bola mendapat permintaan yang tinggi berbanding kasut sukan, anda mungkin boleh menumpukan kepada jersi bola sebagai barang jualan.

2. Sumber Barangan

Setelah anda mengenalpasti barang untuk dijual, anda perlu meninjau sumber-sumber yang ada untuk memudahkan anda mendapat bekalan. Barang tersebut boleh jadi barangan yang anda sedia miliki seperti buku-buku dalam koleksi anda, jersi bola terpakai, atau barang elektronik seperti kamera digital dan iPod. Barang tersebut juga boleh jadi barangan yang anda perlu beli daripada pembekal seperti kraftangan, kuih-muih kering atau barang permainan kanak-kanak.

Selain itu, anda boleh mempertimbangkan kaedah dropship iaitu anda mempromosi barang daripada pembekal tanpa perlu menyimpan stok. Apabila barang tersebut berjaya dijual dan anda mendapat bayaran daripada pembeli, barulah anda membeli barang tersebut daripada pembekal pada harga kos. Dan dalam sesetengah situasi, pembekal sendiri akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran terus kepada pembeli. Ini bermaksud yang anda dapat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu melakukan pembungkusan dan penghantaran sendiri.

3. Impak Kos

Tips berikutnya dalam pemilihan barang jualan adalah untuk menghitung impak kos. Ini adalah penting bagi memastikan anda mendapat pulangan yang sewajarnya daripada usaha penjualan anda. Dengan mengabaikan tip penting ini, anda mungkin mengalami kerugian dan bukannya keuntungan seperti apa yang anda harapkan.

Jadi, bagaimanakah untuk membuat perkiraan kos? Mudah sahaja. Anda boleh menggunakan formula ini:

Harga jualan – Harga kos = Keuntungan

Harga jualan ialah harga yang anda tetapkan untuk menjual barang tersebut kepada pembeli sekiranya anda menggunakan fungsi “BuyNow”, ataupun harga minimum yang anda tetapkan sekiranya anda menggunakan fungsi “Auction”. Harga kos pula ialah perbelanjaan yang anda keluarkan untuk mendapatkan barang tersebut, yang termasuk harga barang daripada pembekal, kos petrol, caj tol, upah simpanan barang, kos promosi dan apa jua kos lain yang berkaitan dengan penjualan barangan anda. Secara lazimnya, harga jualan WAJIB melebihi harga kos, yang bermaksud anda mendapat keuntungan daripada penjualan tersebut. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja anda boleh menetapkan harga jualan kurang daripada harga kos. Strategi ini akan saya terangkan di dalam kesempatan yang lain.

Sebagai seorang penjual yang bijak, anda perlu menetapkan margin keuntungan yang bersesuaian, seperti 20% daripada harga jualan atau RM50 sebagai margin keuntungan setiap barang yang anda jual.

Strategi penting di sini adalah untuk menjual barangan yang mampu memberikan margin keuntungan yang tertinggi untuk anda. Strategi ini akan membolehkan anda menjana keuntungan yang tinggi walaupun cuma menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit.

Jika anda tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjual barangan yang mempunyai margin keuntungan yang rendah, maka anda perlu memfokuskan usaha anda kepada menjual barang tersebut dalam kuantiti yang banyak. Cuma dengan menjual dalam kuantiti banyak yang akan membolehkan anda untuk menjana keuntungan yang banyak.

4. Pembungkusan dan penghantaran

Tips terakhir yang anda perlu pertimbangkan adalah dari aspek pembungkusan dan penghantaran barang jualan anda. Sekiranya anda memilih untuk menjual produk digital seperti ebook atau perkhidmatan seperti terjemahan atau edit buku, mungkin tips ini tidak terpakai oleh anda kerana anda cuma memerlukan link untuk download ebook tersebut, ataupun dokumen kontrak perkhidmatan dengan pembeli anda.

Namun, sekiranya anda menjual produk fizikal seperti baju, barang elektronik, DVD atau barang permainan kanak-kanak, anda perlu memikirkan tentang kos serta cara pembungkusan dan penghantaran. Sungguhpun kos pembungkusan dan penghantaran barang tersebut biasanya ditanggung oleh pembeli, anda perlu memikirkan sama ada anda sendiri yang akan membungkus dan menghantar, atau anda akan “outsource” kepada orang lain untuk membantu anda membuat pembungkusan dan penghantaran tersebut. Ini sedikit sebanyak bergantung kepada keupayaan anda menguruskan jualan anda dari segi masa, tenaga dan kos.

Sebaik-baiknya anda menjual barangan yang mudah untuk anda bungkus dan hantar. Barangan yang sukar untuk dibungkus dan dihantar lambat laun akan menyusahkan anda sendiri sebagai seorang penjual dalam jangkamasa panjang.

Itulah dia, empat tips yang anda boleh gunakan dalam pemilihan barang untuk dijual di Lelong dan eBay. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, dan semoga anda mendapat keuntungan maksimum daripada penjualan barang anda dengan mengaplikasikan tips-tips ini.

Salam hormat & salam kejayaan!

Strategi Pengurusan Masa Untuk Usahawan Internet
Kelonggaran dan keistimewaan bergelar usahawan internet sering digembar-gemburkan sama ada melalui blog, email dan media sosial. Anda pasti pernah mendengar atau terbaca ayat-ayat seperti ini, “Anda hanya memerlukan 1 jam untuk menjana RM300 sehari!” dan banyak lagi ungkapan yang manis didengar. Hakikatnya tidak sama sekali.

Sebagai usahawan internet walaupun dari segi strategi perniagaan ianya lebih mudah berbanding bisnes konvensional, namun anda masih perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk mempelajari selok-belok perniagaan internet. Tetapi asalkan anda bijak menguruskan masa, pasti anda akan dapat mengharungi liku-liku ini dan mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan internet.

Paling penting, anda perlu mengenalpasti keutamaan dalam kehidupan seharian anda. Ramai usahawan internet menjalankan perniagaan secara separuh masa. Mereka mempunyai tugasan hakiki yang lain yang biasanya tiada kena mengena dengan perniagaan mereka. Bagaimana seorang penjawat awam dapat membahagikan masa antara kerja di pejabat dan perniagaan internet mereka? Sudah pasti melalui pengurusan masa yang berkesan.

Jika anda ingin berjaya sebagai seorang usahawan internet dalam jangkamasa yang singkat, anda perlu bijak melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan anda mengikut keutamaannya.

Bahagikan kepada 4 Kuadran. Pertama, aktiviti “Penting dan segera”. Kedua, aktiviti “Penting tetapi tidak segera”. Ketiga, aktiviti “Segera tetapi tidak penting” dan yang keempat, aktiviti “Tidak penting dan tidak segera”.

Yang dimaksudkan dengan aktiviti “Penting dan segera” adalah seperti menjawab panggilan telefon, membetulkan kerosakan pada laman web jualan dan mengesahkan bayaran pelanggan serta memberikan pautan untuk muat turun.

Aktiviti “Penting tetapi tidak segera” contohnya seperti mengemaskini blog dan menghasilkan produk digital baru.

Ativiti “Segera tetapi tidak penting” adalah seperti menjawab komen di Facebook dari rakan yang bertanyakan tentang perlawanan bola yang anda tonton semalam.

Aktiviti “Tidak penting dan tidak segera” contohnya seperti bermain permainan video dan menonton televisyen.

Buatlah gambarajah 4 Kuadran ini di atas kertas yang besar di ruang kerja anda dan isilah setiap kuadran dengan aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan bergantung kepada kepentingan dan seberapa segera ianya perlu dilakukan.

Pembahagian aktiviti seperti ini akan memudahkan anda untuk memfokuskan usaha kepada aktiviti-aktiviti yang penting dan betul-betul boleh membantu anda untuk lebih berjaya di dalam perniagaan internet.

Usahawan internet yang berjaya mempunyai perancangan yang rapi dan pengurusan masa yang baik untuk menjamin kejayaan mereka.

Oleh itu, saya berharap perkongsian yang singkat ini akan mampu merangsang minda anda untuk memperbaiki teknik pengurusan masa anda sehingga mampu mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi selepas ini.

Salam hormat & salam kejayaan!

Strategi Trafik Pasti Berjaya!
Perniagaan internet sangat bergantung kepada trafik baru, atau lebih dikenali sebagai unique traffic. Kejayaan menarik sebanyak mungkin trafik baru akan mampu meningkatkan jualan di laman web anda dan seterusnya menjayakan bisnes yang sedang anda usahakan. Hal ini demikian kerana sekiranya ada prospek baru, mungkin dia lebih berminat membeli barang anda berbanding orang yang sudah seratus kali datang ke web anda dalam sehari.

Oleh itu, sekiranya anda inginkan perniagaan internet yang berjaya, sudah tentu terlebih dahulu anda perlukan ramai pengunjung untuk hadir ke website atau blog anda. Merekalah yang akan menentukan untung nasib perniagaan anda.

Ada banyak nasihat yang boleh anda dapati tentang kaedah menarik trafik ke blog anda. Namun begitu, benarkah 1001 cara yang dianjurkan akan benar-benar berkesan?

Sebenarnya, anda tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan sampai sebegitu banyak langkah untuk menarik trafik. Kalau banyak sekalipun tetapi tidak berkesan, sudah tentu ia akan membazir masa, wang dan tenaga anda. Cukuplah kalau ada beberapa kaedah penjanaan trafik yang berkesan dan jika dilakukan secara konsisten pasti akan berjaya memastikan anda berupaya menjana trafik yang baik untuk laman web atau blog anda.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa strategi trafik yang pasti boleh membantu penjanaan trafik anda untuk jangkamasa yang panjang:

1. Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization)

Strategi yang paling penting untuk anda amalkan adalah Optimasi Enjin Carian (SEO). Buat permulaan tidak perlulah mengupah perkhidmatan SEO dari mana-mana individu atau pun syarikat. Apa yang selalu saya amalkan adalah SEO ke atas laman web itu sendiri.

Semasa membina laman web, anda perlu rancang kata kunci yang ingin digunakan yang menggambarkan dengan jelas produk dan perkhidmatan anda. 4 lokasi penting untuk meletakkan kata kunci ini adalah pada nama domain, tajuk laman web, deskripsi laman web dan juga di dalam kandungan laman web.

Kita ambil contoh, jika anda buka laman web Google sekarang, buat carian dengan kata kunci “Rahsia Lelong”, apa keputusan yang anda perolehi? Perhatikan bahawa pada keempat-empat elemen ini mempunyai kata kunci tersebut yang mendorong enjin carian meletakkannya pada senarai terawal. Ini semua saya lakukan sendiri dan yang paling menarik adalah ianya percuma. Jika anda menggunakan perkhidmatan pakar sekali pun, perkara asas ini juga yang ditekankan oleh mereka.

2. Promosi Affiliate

Anda tentu biasa menonton wayang. Sesudah selesai menonton, jika filem tersebut bagus, anda pasti memberitahu rakan-rakan yang lain dan menyarankan kepada mereka untuk menonton. Begitu juga rakan anda yang lain, melakukan perkara yang sama seperti mana anda lakukan kepadanya.

Dalam perniagaan internet, promosi “Mulut ke Mulut” ini diperkemaskan dengan satu sistem yang dipanggil pemasaran affiliate. Bezanya, sistem affiliate perniagaan internet memberikan insentif kepada agen promosi yang mempromosikan sesebuah laman web atau perniagaan. Sebagai tuan punya laman web, anda memberikan komisen kepada agen promosi sama ada berdasarkan jualan dibuat (Pay Per Sale), klik yang terhasil (Pay Per Click) atau pun tindakan yang diterima (Pay Per Action).

Bayangkan hasil yang dibawa oleh 100 atau lebih agen promosi yang bercerita perkara yang sama kepada prospek yang berbeza. Sudah pasti anda akan mampu menjana trafik yang tinggi ke laman web atau blog anda dengan pantas.

3. Iklan Online

Strategi seterusnya yang berkesan untuk mendapatkan trafik dengan cara yang lebih pantas berbanding 2 strategi sebelum ini adalah pengiklanan berbayar.

Ada 2 sistem pengiklanan berbayar yang amat berkesan sepanjang penglibatan saya dalam perniagaan internet iaitu Google Adwords dan Facebook Ads. Kelebihan pengiklanan berbayar adalah anda boleh tetapkan sasaran trafik berdasarkan negara, jantina, umur, minat dan lain-lain. Jika anda menggunakan enjin carian seperti Google, pasti anda perasan di sebelah atas, bawah dan sisi hasil carian terdapat iklan dalam bentuk teks. Itulah contoh iklan berbayar Google Adwords.

Begitu juga dengan Facebook. Anda akan dapat melihat di sebelah kanan laman web Facebook anda terdapat Sponsored Ads atau iklan promosi yang telah dipaparkan orang lain. Iklan-iklan di Facebook ini telah ditetapkan untuk hanya dipaparkan kepada pengguna-pengguna portal ini yang bersesuaian dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengiklan tadi. Memandangkan ada kriteria anda yang bersesuaian dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengiklan tadi, maka kerana itu iklan tersebut telah dipaparkan kepada anda.

Strategi ini merupakan satu strategi trafik yang sudah terbukti mampu memberikan anda trafik yang banyak dalam jangkamasa yang singkat.

4. Komen Blog

Cara keempat yang mampu membantu anda menjana trafik adalah dengan meninggalkan komen bermakna di laman web atau blog pengguna internet lain. Pastikan anda tinggalkan pautan laman web anda untuk memudahkan mereka mengunjungi laman web atau blog anda. Komen yang bermakna meninggalkan kesan kepada pembaca dan mereka akan tertarik dengan penulis yang memberi komen tersebut dan akan berminat untuk mengunjungi laman web atau blog anda.

Jangan tinggalkan komen yang remeh temeh seperti “Artikel menarik”, “Blog yang bagus” ataupun “Selamat berkenalan”. Tulislah pendapat anda yang mampu merangsang perbincangan dan membuatkan pembaca berfikir. Contohnya anda bersetuju dengan pendapat penulis itu lalu memberi komen seperti berikut: “Saya setuju dengan pendapat anda. Perkara yang sama pernah saya kupas sebelum ini daripada aspek yang lain. Anda boleh membaca artikel saya itu di blog saya di sini: www.RahsiaRajaLelong.com/blog.” Pembaca yang tertarik akan terus menuju ke laman web anda.

Itulah sedikit strategi trafik dunia internet yang boleh saya kongsikan dengan anda di dalam kesempatan ini. Aplikasikanlah strategi-strategi yang telah anda pelajari ini dan Insya-Allah anda akan mampu menjana trafik yang lebih besar lagi selepas ini.

Sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan, salam hormat dan salam kejayaan!

Pengajaran Di Sebalik Wardina Disamun
Saya pasti yang anda ada terbaca atau terdengar berita mengenai ikon terkenal Malaysia iaitu Wardina Safiyyah telah disamun di rumahnya baru-baru ini. Anda boleh membaca mengenai kejadian tersebut di laman web Facebook beliau di sini.

Ia merupakan satu pengalaman yang mengerikan untuk keluarga mereka dan saya doakan semoga mereka dapat bersabar di dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini.

Terlalu banyak perkongsian dan ilmu baik yang telah beliau kongsikan di dalam artikel beliau mengenai kejadian tersebut. Saya sarankan anda membacanya sendiri untuk mengetahuinya.

Saya tertarik kepada satu kenyataan di dalam perkongsian Wardina mengenai kejadian tersebut iaitu:

“Seorang lagi rakannya (maksudnya pencuri tersebut) berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku.”

Cuba kita renungkan kenyataan Wardina di atas. Adakah kita sendiri mempunyai tanggapan yang sama dengan Wardina tentang buku? Bagi Wardina, buku itulah hartanya kerana ia mengandungi ilmu.

Cuba kita lihat diri kita sendiri, adakah kita mempunyai tanggapan yang sama?

Jika sama, Alhamdulillah. Jika tidak sama, anda boleh berusaha agar dapat mencapai tanggapan yang sama.

Sudah semestinya ilmu yang telah Wardina perolehi daripada kesemua buku yang telah dibacanya jauh lebih bernilai daripada semua wang dan harta yang dimilikinya.

Dengan ilmu yang kita miliki, wang dan harta boleh dicari semula. Tetapi jika ilmu itu tidak ada atau hilang, maka sudah pasti kita tidak boleh mencapai satu kedudukan yang lebih baik daripada sebelumnya di dalam kehidupan kita.

Tanggapan yang sama seperti Wardina perlu kita sematkan di dalam jiwa kita sebagai seorang usahawan internet. Kita perlu sentiasa mengejar ilmu sebagai “harta” kita.

Ilmu internet sama seperti ilmu-ilmu yang lain. Perlu ada usaha untuk mencari dan mempelajarinya agar kita boleh menguasainya.

Terdapat banyak cara untuk menimba ilmu tetapi pada saya cara yang paling mudah dan murah adalah dengan membaca buku. Terdapat beribu-ribu buku di pasaran yang boleh memberikan ilmu kepada kita. Lebih-lebih lagi mengenai perniagaan internet.

Jika dilihat dari segi dunia internet, sudah terdapat banyak buku maya yang boleh kita beli dan baca secara online dalam format pdf. Format baru ini memudahkan kita untuk menimba ilmu daripada buku dengan mudah walaupun di mana jua kita berada.

Lebih banyak kita membaca, maka akan lebih bertambahlah pengetahuan kita.

Dengan bertambahnya pengetahuan kita, maka ia akan memudahkan kita untuk bertindak.

Dengan bertindak, maka pintu kejayaan akan lebih dekat kepada kita.

Oleh itu, dengan perkongsian ringkas ini, saya berharap yang anda juga akan terus menimba ilmu melalui buku di dalam usaha anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia perniagaan internet. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan anda di dalam perniagaan internet anda.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Selamat Tahun Baru 2012
Selamat datang ke tahun baru 2012!

Kita sudah pun hampir kepada penghujung minggu pertama untuk tahun baru ini.

Bagaimana dengan azam tahun baru anda?

Sudahkah anda berfikir secara mendalam tentang apa yang ingin anda capai untuk tahun ini?

Jika belum, saya harap anda jangan berlengah lagi. Pastikan yang anda siap menentukan azam tahun baru anda dalam minggu pertama ini.

Setelah itu, tulislah azam tahun baru anda itu di atas kertas atau di atas kadbod dan tampal di sesuatu ruang yang mudah untuk anda melihatnya pada setiap hari.

Janganlah menyembunyikan di dalam laci dan membiarkannya di situ.

Lihatlah azam yang telah anda tulis itu selalu dan Insya-Allah ia akan menjadi sumber motivasi anda pada setiap kali anda melihatnya.

Saya juga mempunyai azam saya yang tersendiri untuk tahun baru ini.

Pada tahun ini, saya bertekad untuk berkongsi lebih banyak maklumat yang berguna untuk membantu anda mencapai kejayaan. Maklumat ini saya akan kongsikan dengan anda di dalam newsletter di dalam email, laporan dalam bentuk pdf, di blog, di Facebook dan juga melalui video di laman web saya.

Selain itu, saya ingin menyiapkan beberapa projek saya yang sudah terbengkalai semenjak tahun yang lepas. Pada tahun yang lepas, saya agak sibuk sedikit dengan beberapa perkara dan banyak projek saya yang sepatutnya disiapkan pada tahun lepas tidak dapat disiapkan seperti sepatutnya.

Oleh itu, pada tahun ini saya bertekad untuk menyiapkannya juga.

Bermula pada tahun ini, saya akan menghasilkan lebih banyak produk yang berada di luar niche Lelong dan eBay. Bukan disebabkan saya ingin meninggalkan portal Lelong atau eBay tetapi lebih kepada saya ingin mengembangkan lagi perniagaan saya untuk menyentuh pelbagai niche lain di dalam dunia perniagaan internet.

Saya berpendapat yang saya sudah menyentuh hampir kesemua aspek yang saya boleh tentang perniagaan internet di portal Lelong dan eBay.

Berikut adalah senarai produk-produk saya yang berkaitan portal Lelong dan eBay sehingga kini:

Buku Rahsia Raja Lelong – Pendedahan rahsia untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan Lelong – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan eBay – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal eBay

Buku Rahsia Jutawan Lelong – Pendedahan strategi kejayaan advan untuk portal Lelong dan eBay

Pakej Automatic eBay Powerseller – Pendedahan rahsia cara menjana pendapatan secara 100% otomatik di portal eBay.

Pakej Jana Trafik eBay – Pendedahan rahsia menjana trafik tanpa henti daripada portal eBay ke mana-mana laman web di dalam dan juga luar portal eBay.

Buku Awas! Trik Penipu di eBay – Pendedahan penipuan yang kerap dilakukan oleh pembeli dan penjual di portal eBay dan bagaimana untuk mengelakkannya.

Pakej Import Dari China – Panduan mendapat bekalan barangan yang murah dan berkualiti untuk dijual semula di portal Lelong, eBay dan juga di laman web anda sendiri.

Secara ringkasnya, saya telah menyentuh hampir keseluruhan perkara penting untuk membantu anda untuk berjaya di portal Lelong dan eBay di dalam kesemua produk saya di atas. Saya merasakan yang saya sudah mencurahkan segala ilmu yang saya miliki di dalam setiap produk tadi.

Oleh itu, saya ingin mengembangkan perkongsian saya kepada niche-niche lain yang boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia internet!

Berikut adalah di antara beberapa produk utama yang Insya-Allah akan saya keluarkan di sepanjang tahun ini (nama produk terpaksa dirahsiakan buat masa ini):

Pakej U_____ M_____ G_______ – Strategi bagaimana untuk menjana keuntungan sehingga 5-Angka sebulan secara part-time.

Laman Ahli MRR M_____ – Sumber pakej eBook MRR (Master Resell Rights) bulanan anda.

Pakej H_____ W______ – Strategi bagaimana saya menjana wang secara konsisten pada setiap bulan melalui internet dengan menggunakan strategi mudah ini.

Laman Ahli J____ U_____ I______ – Sumber rujukan utama anda untuk membina perniagaan internet yang sebenar dengan penerapan elemen belajar sambil beramal.

Saya sedang dalam proses menghasilkan kesemua produk di atas secara berperingkat dan saya akan maklumkan kepada anda pelancarannya apabila sudah tiba masa yang sesuai nanti.

Tiada sebarang unsur hype di dalam penghasilan produk-produk tersebut. Kesemuanya adalah hasil daripada pengalaman dan pengetahuan saya sendiri di dalam dunia internet untuk membantu anda untuk berjaya.

Jika anda mempunyai sebarang permintaan untuk saya membantu anda di dalam sebarang aspek untuk tahun 2012 ini, sila maklumkan kepada saya. Insya-Allah saya akan cuba membantu anda dengan sebaik yang mungkin.

Saya doakan semoga anda sihat dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan anda untuk tahun 2012 ini.

Salam hormat & salam kejayaan!

Kitaran Kejayaan Usahawan Internet
Kehidupan seorang usahawan internet akan mengikut satu kitaran yang saya panggil sebagai Kitaran Kejayaan Usahawan Internet. Kitaran kejayaan ini merupakan satu kitaran yang boleh menjadi penentu sama ada anda akan mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet atau pun tidak.

Memandangkan tirai tahun 2011 akan berlabuh tidak lama lagi dan tahun 2012 pula akan menjelang, saya berpendapat bahawa inilah masa yang terbaik untuk kita sama-sama menilai di mana kita berada di dalam kitaran kejayaan ini. Jika kita sudah tahu di mana kita berada menjelang penghujung tahun 2011 ini, maka akan lebih mudah untuk kita memulakan perancangan untuk mencapai tahap kejayaan yang seterusnya di tahun 2012.

Secara ringkasnya, Kitaran Kejayaan Usahawan Internet terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu:

Bahagian Pertama – Peningkatan Pengetahuan & Pengalaman

Bahagian Kedua – Peningkatan Pendapatan & Keuntungan

Bahagian Ketiga – Kestabilan Pendapatan & Keuntungan

Bahagian Keempat – Penurunan Pendapatan & Keuntungan

Setiap bahagian di dalam kitaran ini berkait rapat di antara satu dengan lain. Gambarajah kitaran ini adalah seperti berikut:

Biar saya berikan penerangan yang lebih lanjut mengenai setiap bahagian agar lebih membantu pengetahuan anda.

Bahagian Pertama – Peningkatan Pengetahuan & Pengalaman

Peringkat ini merupakan peringkat di mana semua orang yang ingin menceburi sesuatu model perniagaan internet akan memulakan perjalanan mereka. Ia juga sering dikenali sebagai tahap newbie.

Di dalam peringkat ini, kita sebagai seorang usahawan internet baru, perlu mempelajari segala-galanya yang perlu untuk membantu kita di dalam mencapai kejayaan di dalam model perniagaan internet yang telah kita pilih.

Malangnya, ramai di antara usahawan baru sering berputus-asa di peringkat ini sebelum memiliki pengetahuan yang menyeluruh. Hakikatnya mereka telah berputus asa terlalu pantas dan belum sempat menimba segala pengetahuan dan pengalaman yang mereka perlukan untuk berjaya. Kepada mereka yang cekal dan tidak berputus asa, mereka akan melangkah ke bahagian yang seterusnya.

Bahagian Kedua – Peningkatan Pendapatan & Keuntungan

Jika anda sampai ke peringkat ini, anda akan mula menjana keuntungan. Mungkin anda akan dapat melihat keuntungan RM1 anda yang pertama, RM10 yang pertama atau apa jua nilai lain yang merupakan keuntungan pertama anda di dalam model perniagaan internet yang telah anda ceburi.

Keuntungan pertama anda inilah yang akan menjadi pendorong atau motivasi anda untuk berusaha dengan lebih gigih selepas itu. Dengan usaha yang berterusan, anda akan melihat pendapatan dan keuntungan anda sebagai seorang usahawan internet semakin meningkat.

Pada peringkat ini, keuntungan anda masih lagi tidak stabil dan anda masih sukar untuk menganggar pendapatan & keuntungan kasar yang boleh anda perolehi pada setiap bulan.

Anda masih perlu menyusun strategi untuk menstabilkan pendapatan & keuntungan perniagaan anda.

Bahagian Ketiga – Kestabilan Pendapatan & Keuntungan

Di peringkat ini, anda sudah boleh digelar sebagai “taiko”, “sifu”, “guru” atau sebarang nama glamer lain. Ini bermaksud yang anda sudah mencapai tahap yang stabil di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi.

Anda sudah boleh dengan yakin menganggar jumlah pendapatan & keuntungan yang boleh anda perolehi dengan melakukan promosi atau pemasaran yang anda sudah biasa lakukan. Ini akan memudahkan anda untuk merancang strategi perniagaan anda untuk jangkamasa panjang dalam masa satu ke dua tahun yang seterusnya.

Anda juga sudah mula menggunakan kuasa affiliate dan juga kuasa joint-venture di peringkat ini.

Pada tahap ini, anda sudah boleh dianggap sebagai seorang usahawan internet yang sudah berjaya.

Bahagian Keempat – Penurunan Pendapatan & Keuntungan

Apabila anda telah sampai ke bahagian ini, ia bermaksud yang anda sudah sampai ke penghujung strategi penjanaan wang anda. Strategi penjanaan wang atau strategi promosi yang telah anda gunakan sebelum ini tidak lagi memberikan pendapatan atau keuntungan yang baik untuk perniagaan anda.

Ini bermaksud yang anda memerlukan pengetahuan dan strategi baru. Oleh itu, anda perlu menilai semula strategi penjanaan wang yang sedang anda gunakan dan sesuaikannya mengikut peredaran dan perubahan masa. Boleh jadi strategi promosi yang telah anda gunakan sebelum ini sudah dikuasai oleh ramai usahawan lain dan agak sukar untuk menjana wang dengan teknik yang sama. Dengan ini anda perlu mencari strategi baru untuk perniagaan anda.

Ini bermaksud yang anda akan pergi semula ke Bahagian Pertama dan memulakan semula pembelajaran anda untuk menguasai teknik atau strategi baru yang anda ingin aplikasikan untuk perniagaan anda.

Cuma perbezaan di dalam kitaran semula ini adalah prosesnya adalah lebih pantas dan anda boleh melalui Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua dengan pantas kerana anda sudah memiliki asas daripada kitaran yang telah anda lalui sebelum ini.

Kini kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2011. Inilah masa yang terbaik untuk anda menilai di bahagian mana anda berada sekarang.

Adakah anda berada di bahagian pertama, kedua atau seterusnya?

Jika anda baru berada di Bahagian Pertama, anda perlu meneruskan usaha anda. Jika anda berada di Bahagian Kedua, anda perlu terus mengaplikasi apa yang telah anda pelajari. Jika di Bahagian Ketiga, kembangkanlah perniagaan anda dengan sebaik mungkin. Jika kini anda berada di Bahagian Keempat, anda perlu mencari strategi & teknik baru untuk perniagaan anda.

Setelah anda faham keseluruhan kitaran kejayaan ini untuk seorang usahawan internet, saya yakin anda boleh menyiapkan diri anda untuk menghadapi situasi di dalam bahagian yang seterusnya di dalam perjalanan anda untuk tahun 2012.

Saya yakin yang anda pasti akan berjaya!

3 Kunci Utama Kejayaan Usahawan Affiliate
Program affiliate di dalam dunia perniagaan internet memberikan satu cara mudah untuk anda menjana wang. Anda sudah tidak perlu menghasilkan sebarang produk fizikal atau digital. Anda cuma perlu bertindak sebagai seorang promoter atau jurujual untuk seseorang pemilik produk dan apabila terdapat jualan, anda akan mendapat komisyen daripada jualan tersebut.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda 3 Kunci Utama yang bakal menentukan kejayaan anda sebagai seorang affiliate:

1. Produk, Kandungan & Trafik Berkaitan

Kejayaan anda sebagai seorang affiliate akan banyak bergantung kepada Conversion Rate anda atau secara mudahnya – kebolehan untuk menjadikan setiap orang yang melihat promosi produk affiliate anda kepada seorang pembeli. Lebih tinggi conversion rate anda maka akan lebih banyak komisyen affiliate yang boleh anda perolehi.

Oleh itu, langkah paling penting untuk mencapai conversion rate yang tinggi adalah dengan memastikan anda mempromosikan produk yang sesuai, dengan cara promosi atau kandungan promosi yang sesuai kepada individu yang sesuai. Jika salah satu daripada hubungan ini tidak dipatuhi, maka sudah pasti anda tidak akan mampu membuat jualan yang baik.

Sebagai contoh, anda sedang mempromosikan satu produk affiliate tentang menguruskan badan tetapi anda telah mempromosikannya kepada orang-orang yang sememangnya sudah kurus, maka sudah tentu tidak ada orang yang akan berminat dengan produk itu.

Sama juga halnya jika anda mempromosikan peralatan memancing ikan, tetapi anda mempromosikannya di dalam majalah Mingguan Wanita, sudah pasti kandungannya tidak sesuai dengan pembaca majalah tersebut.

Oleh itu, sebelum anda mempromosikan sebarang produk affiliate, anda perlu mempunyai gambaran yang jelas produk affiliate yang ingin anda promosikan, kandungan promosi apa yang ingin anda paparkan dan kepada golongan mana yang sesuai untuk anda promosikan produk affiliate tersebut.

Jika anda jelas tentang kesemua perkara ini, maka conversion rate anda akan lebih tinggi dan akan lebih mudah untuk anda menjana komisyen sebagai seorang affiliate.

2. Kejujuran Program Affiliate

Apa yang saya maksudkan di sini adalah lebih kepada kejujuran pemilik produk yang menganjurkan program affiliate tersebut.

Anda harus faham bahawa program affiliate yang anda sertai membabitkan anda bertindak sebagai jurujual kepada produk milik orang lain. Setiap produk yang terjual akan memberikan komisyen affiliate untuk anda.

Sudah pasti diakhir usaha promosi itu, anda ingin mendapat bayaran komisyen yang sewajarnya. Oleh itu, amatlah penting untuk anda memilih program affiliate yang jujur dan anda yakin akan kredibiliti penganjur program affiliate tersebut.

Di sepanjang penglibatan saya di dalam dunia perniagaan internet, saya sudah banyak kali terbaca mengenai pemilik program affiliate yang langsung tidak membuat bayaran yang sepatutnya kepada para affiliate. Setelah si affiliate berpenat-lelah berusaha untuk mempromosikan produk tersebut, di akhir promosi si pemilik produk terus berdiam dan langsung tidak memberikan komisyen kepada affiliatenya. Malah pernah sekali saya juga menjadi mangsa kepada pemilik produk yang tidak bertanggungjawab seperti ini!

Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum menyertai sebarang program affiliate, pastikan yang anda melakukan review tentang pemilik produk dan program affiliate tersebut. Buat carian mengenai pemilik produk tersebut dan periksa latarbelakangnya. Adakah dia mempunyai kes-kes affiliate lain sebelum ini atau sebarang masalah lain?

Jika carian anda memberangsangkan, maka anda boleh menyertai programnya. Jika terdapat perkara-perkara yang boleh dipertikaikan dan anda ragu-ragu, lebih baik untuk tidak menyertai programnya. Seperti peribahasa – “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Pastikan anda cuma menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pemilik produk yang boleh dipercayai.

3. Kredibiliti Anda

Perkara terakhir yang akan banyak membantu anda sebagai seorang affiliate adalah kredibiliti anda di mata orang lain.

Kredibiliti anda ini akan banyak bergantung kepada sejauh mana orang lain akan mempercayai kata-kata anda sebagai seorang individu.

Jika orang lain selalu berpegang kepada kata-kata anda dan menganggap anda merupakan seorang yang jujur dan pakar di dalam bidang anda. Maka selalunya apa jua produk affiliate yang anda promosikan akan mampu menarik minat mereka untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Jika orang lain tidak mengenali anda dan sentiasa ragu-ragu di dalam menerima kata-kata anda, maka sudah pasti akan lebih sukar untuk anda mempromosikan sebarang produk affiliate kepada mereka.

Oleh itu, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kredibiliti anda di mata orang lain lebih-lebih lagi jika anda ingin kekal lama di dalam dunia perniagaan internet yang mencabar ini.

Di antara cara mudah untuk meningkatkan kredibiliti anda adalah dengan sentiasa mencari peluang untuk bergaul dan network bersama pakar-pakar lain yang berada di dalam bidang yang anda minati.

Sebagai contoh, jika anda berminat tentang perniagaan internet berbentuk affiliate, cubalah mencari peluang untuk berkenal-kenalan dengan usahawan-usahawan affiliate hebat yang anda kenali. Cuba cari peluang untuk berkomunikasi dengan mereka, menyertai program mereka dan juga mengambil gambar bersama mereka.

Dengan berbuat demikian, secara tidak langsung anda akan dapat meminjam kredibiliti mereka dan orang lain akan menganggap anda juga mempunyai kredibiliti yang sama dengan pakar tersebut.

Namun demikian, harus saya ingatkan di sini bahawa hubungan yang anda bina dengan pakar tersebut perlulah tulen dan jujur. Bukannya atas dasar ingin mengambil kesempatan di atas kejujuran pakar tersebut.

Jika anda mampu membina perhubungan dan network dengan pakar-pakar disekitar anda maka sudah pasti kredibiliti anda sendiri akan meningkat dalam jangkamasa panjang dan orang lain akan lebih bersedia untuk mendengar sebarang saranan dan promosi yang anda lakukan selepas itu.

Itulah 3 Kunci Utama yang boleh membantu anda untuk berjaya sebagai seorang Usahawan Affiliate.

Saya doakan yang anda mencapai kejayaan yang lebih hebat sebagai seorang affiliate dengan mengaplikasikan kunci-kunci utama tadi.

Salam hormat dan salam kejayaan!