Garmin GPS dan Lelong.com.my

Dikarang oleh Administrator pada January 30, 2010

Baru-baru ini pihak Lelong.com.my telah menerima satu surat amaran daripada pihak Garmin / AECO mengenai produk-produk yang di jual di portal Lelong.com.my yang melanggar hak intelektual syarikat tersebut.

Pihak Garmin / AECO mendapati terdapat produk-produk yang dijual di portal Lelong.com.my terdiri daripada produk-produk berikut:

1. Set yang dikatakan untuk pasaran tempatan sedangkan ianya bukan

2. Penjualan perisian Garmin secara tidak sah

3. Pemasangan perisian Garmin secara tidak sah di dalam pelbagai produk lain

Oleh kerana perkara-perkara di atas, pihak Garmin / AECO telah mengarahkan pihak Lelong.com.my untuk menghentikan penjualan produk-produk di portal Lelong.com.my yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.

Dengan ini, sekiranya anda ada menjual produk-produk yang berkaitan dengan Garmin, anda perlu mematuhi arahan baru ini sebelum anda diambil tindakan selanjutnya oleh pihak admin Lelong.com.my.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda