Jangan Jual di Lelong.com.my!

Dikarang oleh Eruwan Gerry pada January 12, 2010

“Jangan jual di Lelong.com.my…

… jika anda tidak boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan anda!”

Itulah update terkini pihak admin portal Lelong.com.my di laman web mereka.

Berdasarkan update terkini mereka, terdapat semakin banyak komplen yang telah mereka terima daripada pembeli yang tidak berpuashati dengan layanan yang telah mereka terima daripada penjual.

Ada penjual yang tidak membungkus barangan yang dihantar dengan baik dan ada yang telah menghantar barangan yang lain daripada apa yang telah dibeli oleh pelanggan di portal Lelong.com.my!

Pihak admin menyatakan yang perkara ini dilakukan bukan saja oleh penjual-penjual baru malah ada penjual-penjual lama di portal Lelong yang masih melakukan perkara yang sama walau berulang-ulang kali telah diberi amaran oleh pihak admin.

Pihak Lelong.com.my tidak mahu portal mereka mendapat nama yang buruk disebabkan oleh tindakan beberapa penjual yang tidak profesional ini. Oleh itu, mereka telah menyuruh penjual-penjual yang tidak profesional ini untuk berhenti menjual sekiranya mereka tidak boleh memberikan perkhidmatan yang profesional di dalam penjualan mereka di portal Lelong.com.my.

Sudah tentu anda sebagai seorang penjual di portal Lelong.com.my tidak ingin dikategorikan sebagai seorang penjual yang tidak profesional! Oleh itu, di sini saya sarankan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan imej profesional anda…

1. Cakap Serupa Bikin

Jangan menghantar barang yang lain daripada apa yang telah anda iklankan di portal Lelong.com.my. Jika anda melakukan sedemikian, pasti anda akan mendapat rating yang negatif dan tidak ada lagi pengunjung yang ingin membeli daripada anda lagi selepas ini. Jika anda memberikan tawaran jaminan di dalam deskripsi jualan, pastikan yang anda menuruti jaminan tersebut sekiranya ada komplen atau rasa tidak puashati daripada pelanggan anda.

2. Pembungkusan yang Selamat

Bungkuslah barangan anda dengan berhati-hati dan jangan teragak-agak untuk memberikan ciri-ciri keselamatan tambahan untuk memastikan yang barangan tersebut akan selamat sampai kepada pelanggan anda. Jika perlukan kotak, sediakanlah kotak untuk barang tersebut agar ianya akan berkeadaan baik sepanjang perjalanan penghantaran. Cara pembungkusan anda juga perlu cermat dan kemas. Jangan membungkus barangan anda seperti anda sedang membungkus buah nangka!

3. Jawab Soalan dengan Pantas

Sekiranya ada di antara pelanggan-pelanggan anda yang bertanyakan soalan melalui email, pastikan yang anda menjawab persoalan mereka dengan pantas. Sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 24 jam selepas anda menerima email tersebut. Jika pelanggan terpaksa menunggu lebih lama daripada masa tersebut, ini bermaksud yang perkhidmatan anda belum lagi cukup pantas untuk menangani urusniaga anda dengan pembeli. Jika anda merasakan bahawa maklumat yang pelanggan anda perlukan akan mengambil sedikit masa untuk diperolehi, pastikan anda memaklumkan perkara tersebut kepada mereka dan nyatakan bila anda akan menghubungi mereka semula untuk memberikan maklumat yang mereka perlukan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan anda tidak akan resah dan tertunggu-tunggu jawapan daripada anda.

Pelanggan anda adalah masa depan perniagaan anda. Oleh itu, pastikan yang anda menjaga perhubungan anda dengan mereka sebaik yang mungkin.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 01-12-2010
    3:13 pm

    Lisa

    saya sangat bersetuju mengenai pembungusan yang tidak profesional. Saya juga sebagai penjual di lelong and juga seorang pembeli. Sangat terkilan dan terkejut apabila ada penjual membungkus menggunakan surat khabar dan tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan barang tersebut untuk sampai ke destinasi.


  • 01-12-2010
    3:25 pm

    Nizam Malek

    Setuju. Para penjual perlu komited dalam urusan jual beli online. jangan nak dapatkan duit je..!

    http://nizammalek.blogspot.com


  • 01-12-2010
    4:40 pm

    GadisAyu

    yeap.memang penting kena ada kredibiliti n support yang baik apabila ade buyer membeli barang.


  • 01-13-2010
    12:19 am

    matzis

    thanks, info yang sangat berguna dan seharusnya dipatuhi dan lebih beretika ketika menjual produk di lelong.


  • 01-13-2010
    1:38 am

    Mohd Affendy

    Saya setuju benar apa yg saudara katakan. Menjana pendapatan dan membina perniagaan adalah 2 perkara yang amat berbeza yang menentukan samaada kita seorang usahawan atau seorang yg cepat nak buat duit. Logistik perniagaan dan menguruskan pelanggan adalah amat penting dalam mana-mana perniagaan. Internet ini hanyalah satu medium atau satu channel pemasaran dan jualan sahaja


  • 01-13-2010
    3:06 am

    Azam

    Baru- baru ini, saya juga mengalami masalah ini ketika membuat pembelian melaui Lelong.com.my.
    Barang yg dibeli tidak sama dari yang digambarkan.
    Ada antaranya seperti tidak mahu menjual.
    Bila ditanya, ambil masa sehingga beberapa hari untuk menjawab.
    Diharap tips di atas dapat membantu kita supaya tidak menjadi seperti penjual2 ini.
    Terima kasih Eruwan…


  • 01-14-2010
    5:51 am

    faridpenang

    ada yg membungkus sehingga merosakkan bungkusan asal barang.kadang-kadang pembeli perlukan kotak-kotak asal yang datang sekali dengan barang yang dibeli.saya pun sebagai pembeli dan penjual di lelong akan menjadikan info dan pengalaman sebagai panduan menjadi pengguna lelong yang baik.


  • 01-14-2010
    3:04 pm

    anak malaysia

    Bagus sekatan yang dikenakan oleh pihak lelong.com.my..biar mereka(penjual) sedar apa yang mereka lakukan ke atas pelanggan mereka..

    “customer is always right”


  • 01-18-2010
    2:59 am

    UstazCahaya

    Saya akan ingat itu.

    1. Jujur dalam berniaga (cakap serupa bikin).

    2. Bungkus dan hantar dengan baik.

    3. Khidmat pelanggan yang baik, cepat dan berterusan.


  • 01-19-2010
    4:28 am

    mel

    betul tuu,..apa yang rakan-rakan katakan..malah ada antara penjual yang buat tidak tahu dengan barang yang mereka jual…saya dah kena sekali…kesnya macam ni..saya ada beli barang yang dijual kat lelong.com.my..dah transfer duit,lepas tu dia menghilang entah ke mana? bila saya telephone dia matikan,jangankan email!!!


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda