Larangan Produk Sony di Lelong.com.my!

Dikarang oleh Eruwan Gerry pada November 22, 2009

Pihak admin Lelong.com.my telah mengeluarkan satu amaran terakhir untuk penjual-penjual di Lelong.com.my yang bertindak menjual produk-produk jenama Sony yang tidak tulin.

Pihak Lelong.com.my telah diarahkan oleh pihak Sony untuk menghentikan penjualan produk-produk tiruan jenama Sony oleh mana-mana penjual di dalam portal mereka.

sony walkman

Penjual yang masih bertindak menjual produk-produk tiruan jenama Sony akan disuspend akaun mereka dan boleh diberhentikan terus daripada menjual di portal Lelong.com.my.

Penjual-penjual tidak boleh menggunakan perkataan Sony di dalam tajuk jualan atau di dalam diskripsi jualan sekiranya produk yang sedang dijual langsung tidak mempunyai kaitan dengan Sony atau produk tersebut merupakan produk tiruan yang dijual di atas nama Sony.

Jika anda ada menjual produk-produk tiruan jenama Sony, maka inilah masanya untuk anda berhenti menjual produk tersebut sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak Sony dan juga Lelong.com.my

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda