Program Affiliate Produk Fizikal

Dikarang oleh Administrator pada July 16, 2009

Kita sudah biasa mendengar mengenai program affiliate yang dikhaskan untuk produk-produk digital. Namun demikian, kita jarang mendengar mengenai program affiliate yang dikhaskan untuk produk-produk fizikal.

Mungkin anda tidak mengetahui sebelum ini bahawa sebenarnya anda juga boleh memulakan program affiliate untuk produk-produk fizikal yang anda jual.

Program affiliate untuk produk fizikal tidak banyak bezanya dengan program affiliate untuk produk digital yang mana anda memerlukan perisian program affiliate untuk menguruskan pendaftaran affiliate di dalam program anda, meletakkan cookie di dalam komputer pengunjung-pengunjung laman web anda, mendapatkan semula maklumat cookie untuk mengenalpasti affiliate yang telah menghantar pelanggan kepada anda dan juga untuk merekodkan segala maklumat komisen dan pembayaran yang akan anda lakukan.

affiliate cash

Perbezaan paling utama adalah cuma dari segi produk yang dihantar. Jika anda menjual produk digital, produk tersebut akan anda hantar kepada para pelanggan anda melalui ruangan direct download yang akan anda berikan selepas pembayaran dibuat. Untuk produk fizikal, produk tersebut akan anda hantar selepas pembelian dibuat dan penghantaran anda dibuat dengan menggunakan pemberi perkhidmatan penghantaran seperti Pos Malaysia dan FedEx.

Tidak ramai penjual produk-produk fizikal yang berminat untuk memulakan program affiliate untuk produk fizikal yang mereka jual. Mungkin mereka beranggapan yang ianya sukar untuk dilakukan atau tidak ingin bersusah payah untuk memulakan sistem tersebut.

Sebenarnya anda akan kehilangan potensi keuntungan yang besar sekiranya anda tidak melihat strategi ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda.

Mengapa anda memerlukan program affiliate di dalam perniagaan anda?

Di antara sebab utamanya adalah:

1) Peningkatan Pendedahan
Jika anda cuma melakukan promosi seorang diri, anda akan dihadkan oleh masa dan wang anda untuk mempromosi kepada orang lain. Sekiranya anda memulakan program affiliate anda sendiri, maka anda boleh menggunakan masa dan wang orang lain untuk meningkatkan pendedahan perniagaan anda dengan memberikan imbuhan yang sewajarnya kepada affiliate-affiliate anda.

2) Bayar Untuk Hasil
Kebanyakkan program affiliate pada masa kini adalah berasaskan kepada Pay-Per-Result yang bermaksud anda cuma perlu membayar komisen apabila mendapat hasil. Jika affiliate anda berjaya melakukan promosi dan seseorang pelanggan membeli melalui pautan affiliatenya, maka hanya pada masa itulah anda akan membayar komisen kepada affiliate tersebut. Jika tidak ada jualan dibuat, maka tidak ada pembayaran komisen yang perlu dilakukan.

3) Penguasaan Pasaran
Dengan memiliki satu program affiliate untuk perniagaan anda, dengan mudah anda akan dapat menguasai pasaran untuk produk anda kerana anda akan mampu melakukan penjualan berlipatkali ganda berbanding dengan pesaing-pesaing anda yang langsung tidak mempunyai sebarang program affiliate. Pesaing-pesaing anda akan masih bergerak dengan perlahan untuk melakukan penjualan mereka sedangkan anda boleh meningkatkan jualan dan keuntungan dengan mudah hasil kerjasama anda dan affiliate-affiliate anda. Usahawan yang bijak akan menggunakan strategi yang bijak dan bukannya hanya menggunakan strategi yang akan melambatkan perkembangan perniagaannya.

Adakah anda masih ragu-ragu dengan potensi memulakan program affiliate untuk produk fizikal?

Biar saya berikan satu contoh terbaik iaitu Syarikat MaxAudio yang mempunyai laman web mereka sendiri dan juga memiliki Member Store di Lelong.com.my.

maxaudio

Syarikat MaxAudio ini merupakan syarikat penjual barangan dan aksesori kereta secara online yang terbesar di Malaysia. Mereka mempunyai program affiliate yang tersendiri yang bertujuan untuk membantu meningkatkan penjualan barangan dan aksesori kereta mereka.

Anda boleh melihat dengan lebih lanjut program affiliate mereka di laman web berikut:

http://www.maxaudioworld.com/affiliate/affiliate/index.php

Anda sepatutnya turut mempertimbangkan kemungkinan untuk memulakan program affiliate walaupun pada masa ini anda sedang menjual produk fizikal. Ia sudah tentu akan dapat membantu menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk perniagaan anda.

Jika Syarikat MaxAudio boleh melakukannya, apakah yang menghalang anda untuk turut serta melakukannya?

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 01-02-2010
    9:05 am

    ain

    bagaimana pula dgn program affiliate lain???ade x tools yg boleh kita cari program affiliate???


  • 01-02-2010
    12:15 pm

    Administrator

    Hello ain,
    Cara paling senang untuk mencari program affiliate lain adalah dengan melakukan carian di Google Malaysia. Buat carian untuk “program affiliate + katakunci” untuk mendapat senarai laman web yang berkaitan. Sebagai contoh “program affiliate jamu”.


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda