Strategi Pemasaran Affiliate Pay Per Lead
Dikarang oleh Administrator pada January 22, 2010
Terdapat satu cabang di dalam model pemasaran affiliate yang semakin popular di Malaysia dan juga seluruh dunia iaitu pemasaran affiliate jenis Pay Per Lead.
Pemasaran affiliate jenis Pay Per Lead berbeza daripada model pemasaran affiliate konvensional yang mana anda hanya akan dibayar komisen affiliate apabila ada seseorang pelanggan membeli produk affiliate yang telah anda promosikan melalui pautan affiliate anda.
Dengan pemasaran affiliate jenis Pay Per Lead, anda akan dibayar komisen untuk setiap satu pengunjung yang mendaftarkan maklumat peribadi mereka seperti nama dan alamat email mereka di laman web yang telah anda promosikan dengan menggunakan pautan affiliate anda.

Ini bermaksud, setiap kali ada pengunjung baru yang mendaftarkan diri mereka di laman web yang telah anda promosikan, maka anda akan mendapat komisen berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh pemilik laman web yang telah anda promosikan itu.
Berbanding strategi pemasaran affiliate konvensional, pemasaran affiliate jenis Pay Per Lead ini akan lebih memudahkan anda menjana komisen affiliate kerana pada kebiasaannya para pengunjung tidak akan teragak-agak untuk mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan sesuatu produk secara percuma berbanding jika mereka perlu mengeluarkan wang mereka untuk mendapatkan produk tersebut. Oleh itu, kebarangkalian untuk anda menjana komisen affiliate daripada setiap pengunjung adalah lebih tinggi.
Kekurangan model pemasaran affiliate jenis ini adalah anda perlu menjana trafik yang banyak untuk mendapat komisen affiliate yang serupa dengan apa yang boleh anda perolehi dengan mempromosikan sesuatu produk affiliate. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapat komisen affiliate yang serupa dengan apa yang akan anda perolehi dengan mempromosikan produk affiliate yang memberikan komisen sebanyak RM30, anda perlu mendapatkan pendaftaran sebanyak 60 orang (jika komisen Pay Per Lead untuk program tersebut adalah RM0.50 untuk setiap pendaftar).
Sebaik mungkin anda mencari Program Affiliate Pay Per Lead yang menawarkan komisen yang tertinggi agar anda boleh menjana komisen yang baik walaupun dengan bilangan trafik yang sederhana.
Insya-Allah saya akan melancarkan program affiliate Pay Per Lead dengan memberikan komisen yang tinggi di laman web affiliate saya di www.EruwanGerryAffiliates.com tidak lama lagi. Oleh itu, nantikan makluman daripada saya nanti.
Komen
Beri Komen










01-23-2010
1:36 am
Nizam Malek
Saya berminat juga dengan konsep PPL.
Hope boleh buat nanti.
thanks for the info!
01-27-2010
2:06 pm
joperi
Saya berminat untuk mengikuti PPL tersebut memamandangkan ianya akan berbaloi utk diikuti.