Jangan Jadi Seorang Spammer

Dikarang oleh Administrator pada December 11, 2009

Semenjak akhir-akhir ini saya semakin banyak menerima email Spam daripada pelbagai pihak.

Apa yang paling menarik adalah email-email spam ini datang daripada rakyat Malaysia sendiri dan bukannya daripada luar negara!

Nampak gayanya semakin ramai rakyat Malaysia yang cuba menjana wang dengan berkelakuan sebagai seorang Spammer.

NoSpam

Mungkin ada di antara mereka yang melakukannya tahu yang mereka sedang melakukan Spamming atau mungkin juga mereka langsung tidak tahu beza Spam dengan email biasa.

Kepada anda yang mungkin belum mengetahui apakah jenis email yang dikategorikan sebagai Spam, biar saya cuba jelaskan di dalam ruangan ini.

Email Spam adalah email yang dihantar daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa kedua-duanya mengenali di antara satu sama lain, dan si penerima email berasa kurang senang menerima kandungan email yang telah diberikan kepadanya.

Secara mudahnya, jika penerima email tidak mengenali anda dan kurang senang menerima email anda, maka ia adalah spam.

Oleh kerana itu, sebagai seorang usahawan internet, adalah amat penting untuk anda tidak mewujudkan perasaan kurang senang di dalam diri seseorang yang menerima email daripada anda. Lebih-lebih lagi jika penerima email tersebut tidak mengenali diri anda.

Jika keadaan ini berlaku, maka reputasi anda sebagai seorang usahawan internet akan terjejas dan individu yang anda hubungi tadi tidak lagi akan mempercayai diri anda dan maklumat yang diberikan di dalam email-email anda yang seterusnya. Inilah bahaya email spam kerana ia mampu menjejaskan reputasi seseorang dengan mudah.

Selain itu, kajian oleh pakar-pakar internet telah menunjukkan bahawa jumlah klik pada pautan yang diberikan di dalam email Spam adalah terlalu rendah dan tidak akan mampu meningkatkan keinginan penerima untuk mendapatkan tawaran yang diberikan.

Dalam pada itu, sebagai seorang usawahan internet yang bijak, anda perlu mula menggunakan Autoresponder untuk memastikan setiap orang yang menjadi subscriber anda memang menginginkan maklumat daripada anda. Tanpa penggunaan autoresponder, tiada bukti yang kukuh bahawa individu tersebut telah mengesahkan pendaftaran mereka dan bersedia menerima email daripada anda.

Pada masa kini, terdapat pelbagai autoresponder di pasaran. Namun demikian, berdasarkan kualiti dan pengalaman perniagaan, saya cuma syorkan dua syarikat autoresponder iaitu Aweber dan juga GetResponse.

Jika anda belum lagi mempertimbangkan penggunaan autoresponder di dalam perniagaan, maka anda perlu berbuat demikian sebagai persediaan untuk meneruskan perniagaan anda pada tahun 2010.

[Post to Twitter] Tweet This Post 

Komen

  • 12-11-2009
    2:40 pm

    Apih Halim

    yela,saya pn byk menerima email spam..paling banyak dilakukan oleh org yang buat duit dgn cara klik website n money games..bila saya ata email blk,dia xbls pn


  • 12-11-2009
    2:41 pm

    Julmazli Dempollok

    Benar tuan.Email marketing is the smartest way, especially to improve your credibility. Saya sendiri sedang menunggu kad kredit saya diluluskan. Untuk persediaan bersaing di tahun 2010. InsyaAllah.. :-)


  • 12-11-2009
    4:41 pm

    Jutawan Global

    yes….betul tu bro…
    kite semua mmg kurang senang kalau spammer antr emel tanpa kite mintak…


  • 12-11-2009
    4:55 pm

    hafiz

    Saya agak setuju dengan Eruwan. Saya pernah terbaca teknik ini yang ditulis dalam sebuah buku diterbitkan di Malaysia tentang cara-cara untuk ‘extract’ email address daripada yahoo groups dsb. Dalam internet pun banyak menerangkan cara ini.

    Tetapi, sebenarnya setiap hari kita menerima terlalu banyak email yang berupa tawaran produk. Saya telah ‘unsubscribe’ semua email daripada internet marketing guru termasuklah Patric Chan, Ewen Chia, Chris X, Chris Freville, dsb. Ini kerana produk yang mereka jual penuh dengan ‘hype’.

    Saya pernah terbeli produk yang jauh panggang daripada api kualiti produk yang digelar guru sama ada dari Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Saya telah membuat pelaburan yang bernilai beribu-ribu ringgit banyaknya. Tetapi, ilmu itu wajib dituntut.

    Akhirnya saya dah 110% faham dengan dunia internet marketing.

    Di Malaysia kita ada ramai pakar internet marketing, tapi saya hanya melanggan newsletter dengan Eruwan sahaja. Kalau nak list ada lebih dari 10 sebab, tapi bagi yang dah tau selok belok dunia internet marketing, anda akan dapat kenal siapa jauhari dan siapa manikam…haha


  • 12-12-2009
    12:48 am

    Myfran

    Satu saranan yang sangat baik sebagai satu disiplin dalam bidang keusahawanan internet.


  • 12-12-2009
    2:57 am

    Faiz

    Sememangnya spammer ni menyusahkan kepada semua orang baik seorang blogger, IM dan sesiapa sahaja. Kenapa nak kaut keuntungan dengan cara yang haram. tepuk dada tanya iman.


  • 12-12-2009
    7:55 am

    Administrator

    Hello sahabat semua,
    Terima kasih di atas komen-komen anda. :)
    Memang isu SPAM adalah satu isu yang hangat pada masa kini. Terlalu ramai orang yang kurang pengalaman dalam dunia internet menggunakan teknik tersebut dan ini seterusnya akan memburukkan nama industri pemasaran internet kita ini.
    Semoga kita sama-sama berusaha memperbetulkan tanggapan rakyat Malaysia mengenai perniagaan internet yang sebenar.


  • 12-12-2009
    11:11 pm

    yuzafi

    Kebanyakkan spammer nie semua nak buat duit cara mudah.Tapi,tak nak keluar modal sikit untuk melanggan autoresponder.Saya pun terima banyak spam email dan boleh dikatakan memang orang M’sia pun dah ramai nak jadi mcm orang dari negara-negara Afrika!!!


  • 12-14-2009
    3:53 pm

    Boon

    Ya, mula-mula saya menceburi internet juga berhasrat berbuat demikian, tetapi apabila mendapati membuat spam adalah salah disisi cyber dan juga merosakan reputasi anda sekarang.

    Boleh dikatakan saya tidak langsung menyemak folder spam saya.


  • 12-24-2009
    11:21 am

    Amanda

    saya pun byk terima email spam,smakin hari makin byk lak,rs nk saman je haha..spammer boleh didakwa ker?


Beri Komen

Nama Anda
Required
Email Anda
Required, will not be published
Laman Web Anda
Optional
Komen Anda