Melaburlah di dalam Perniagaan Anda
Dikarang oleh Administrator pada January 18, 2010
Tanpa mengira model perniagaan internet yang anda kini ceburi, terdapat satu perkara penting yang perlu anda fahami iaitu anda perlu melabur di dalam perniagaan anda.
Apa yang saya maksudkan dengan melabur di dalam perniagaan anda di sini adalah, sebahagian daripada keuntungan yang anda perolehi di dalam perniagaan anda sama ada di Lelong.com.my, eBay atau di laman web anda sendiri perlu anda laburkan semula ke dalam perniagaan anda.

Sebagai contoh, pada akhir setiap bulan setelah mengetahui keuntungan yang telah anda perolehi di dalam perniagaan, anda boleh melaburkan 50%-70% daripada keuntungan yang telah anda perolehi ke dalam perniagaan anda semula.
Wang pelaburan tersebut boleh anda gunakan untuk mengembangkan perniagaan anda dengan pelbagai cara. Di antaranya adalah:
1. Mendapatkan Bekalan
Jika anda menjual di Lelong.com.my atau eBay, anda boleh melaburkan wang anda untuk mendapatkan bekalan barang baru untuk anda jual pada bulan seterusnya. Dengan ini, anda boleh memastikan yang anda sentiasa memiliki barangan untuk dijual dan mampu meningkatkan keuntungan yang anda perolehi pada setiap bulan.
2. Menghasilkan Produk
Jika anda menjual produk-produk digital, anda boleh melaburkan wang anda untuk menghasilkan produk-produk terbaru untuk pasaran anda. Anda memerlukan wang untuk membayar individu yang memberikan perkhidmatan penghasilan laman web dan grafik produk untuk anda. Jika anda bercadang untuk memasang program affiliate untuk produk baru tersebut, maka anda perlu membayar individu lain untuk menyediakan perkhidmatan pemasangan program affiliate untuk anda.
3. Menjana Trafik
Trafik atau pengunjung ke laman web jualan anda merupakan nadi kehidupan perniagaan anda. Oleh itu, tanpa trafik maka anda tidak mungkin akan dapat melakukan sebarang jualan. Oleh itu, tindakan bijak di dalam perniagaan anda adalah untuk melaburkan sebahagian daripada keuntungan yang anda perolehi untuk menjana trafik ke laman web atau diskripsi jualan anda. Terdapat strategi menjana trafik yang tersendiri untuk portal Lelong.com.my, eBay dan juga untuk laman web luar anda. Walaupun terdapat cara percuma untuk menjana trafik, namun demikian ia akan mengambil masa untuk memaksimakan trafik dengan menggunakan cara percuma tersebut. Cara pantas adalah dengan menggunakan strategi trafik berbayar. Oleh itu, anda perlu mempelajari cara penjanaan trafik berbayar yang terbaik untuk model perniagaan internet anda dan melaburkan wang untuk menggunakannya.
Dengan sentiasa melabur semula wang ke dalam perniagaan anda, maka anda akan dapat memastikan yang perniagaan anda akan berkembang dengan baik dan berterusan untuk jangkamasa yang panjang. Jika anda hanya bertindak menyimpan wang keuntungan, maka keuntungan anda tidak akan dapat bertambah dan perniagaan anda hanya akan terbantut pada tahap itu sahaja.
Oleh itu, mulakan langkah bijak dengan melabur di dalam perniagaan anda!
Komen
Beri Komen










01-18-2010
4:59 pm
Samsul Rizal
Saya setuju dengan anda Eruwan.
Memastikan kita sentiasa ada stok adalah amat penting.
Jika pada satu-satu masa pelanggan kita dapati kita tiada stok, ada 2 dalam fikiran mereka.
1. Mungkin perniagaan kita betul-betul bagus.
2. Mungkin kita tidak serius berniaga.
01-19-2010
4:17 am
anak malaysia
Pelaburan di dalam perniagaan amat penting,tanpa pelaburan perniagaan tidak mampu berkembang dan berdaya saing..
01-19-2010
2:58 pm
ahmad yani
Pelaburan semula keuntungan ke dalam perniagaan perlukan ‘kekuatan dalaman’. Kekuatan dalaman ini bergantung pada niat asal seseorang itu menceburi bisnes.
Kalau dia berbisnes untuk wang, keuntungan yang dia dapat, lebih banyak dihabiskan untuk ‘enjoy’, kurang pada pelaburan semula.
Kalau dia berbisnes kerana minatnya pada keusahawanan, keuntungan yang dapat, lebih banyak diguna untuk pelaburan semula ke dalam perniagaan dan sedikit untuk ‘enjoy’.
01-22-2010
4:55 pm
Lisa
sangat bersetuju kerana pelaburan semula adalah lebih baik daripada pening kepala untuk mencari modal apabila duit keuntungan habis untuk ‘enjoy’ sahaja. Saya pun secara peribadinya, melabur semula duit keuntungan ke dalam perniagaan saya sebanyak 50%-70%, yang selebihnya digunakan untuk membayar bil dan keperluan.