Peraturan Pemilihan Tajuk!
Dikarang oleh Administrator pada July 12, 2009
Adakah anda ingin mengetahui rahsia untuk mencapai jualan yang hebat di dalam dunia online?
Rahsianya adalah dengan menggunakan PERKATAAN YANG TEPAT di dalam promosi anda!
Ramai pengunjung akan mengambil masa cuma 8 saat untuk menentukan sama ada ingin melihat dengan lebih lanjut laman web atau diskripsi jualan anda. Cuma 8 saat – itulah masa yang anda ada untuk menyakinkan pengunjung akan kebaikan atau kehebatan produk anda.

Walaupun anda mempunyai rekaan laman web yang hebat…
…ranking laman web yang tinggi…
…atau produk yang betul-betul hebat…
Jika anda tidak MENANGKAP perhatian pengunjung anda dengan pantas, maka mereka akan pergi meninggalkan laman web anda dan kemungkinan besar tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
Di antara perkataan-perkataan yang terdapat di dalam laman web anda, perkataan yang paling penting sebenarnya terdapat di dalam TAJUK anda.
Tajuk anda merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda. Ia perlu menarik perhatian mereka – menimbulkan perasaan ingin tahu – dan menggalakkan mereka untuk terus membaca. Dan ia perlu melakukan kesemua itu dengan pantas.
Cara terbaik untuk menjamin tajuk anda akan mampu menarik minat pengunjung-pengunjung anda untuk membaca dengan lebih lanjut adalah dengan mengikuti 3 Peraturan Pemilihan Tajuk seperti berikut:
Peraturan #1: KAITKAN MASALAH
Ramai pengunjung, apabila mereka tiba di laman web anda, mereka sebenarnya sedang mencari maklumat – yang kemungkinan besar berkaitan dengan masalah yang ingin mereka selesaikan.
Mungkin mereka sedang mencari maklumat mengenai cara untuk menguruskan badan. Mungkin mereka sedang mencari sesuatu resipi. Atau mungkin mereka sedang mencari maklumat pembekal aksesori kereta yang terdapat di Malaysia.
Walau apapun masalah mereka, tajuk anda perlu mempunyai perkaitan dengannya. Tunjukkan kepada mereka yang anda tahu tentang masalah yang sedang mereka hadapi. Demonstrasi dengan cara yang jelas dan unik yang anda amat faham dengan kemahuan dan kehendak mereka. Ini seterusnya akan dapat menggalakkan mereka untuk lebih berminat untuk membeli daripada anda.
Peraturan #2: BERIKAN PENYELESAIAN
Anda telah menyatakan sesuatu masalah. Sekarang anda perlu menyelesaikannya dengan cara yang amat memberangsangkan di mata pengunjung-pengunjung anda.
Beritahu pengunjung-pengunjung anda yang anda telah menjumpai cara terbaik dan selamat untuk menguruskan badan. Sampaikan kepada mereka bagaimana anda telah menemui resipi rahsia yang telah anda perolehi daripada nenek anda yang merupakan resipi hebat turun temurun. Jelaskan kepada mereka yang anda telah berjaya menyusun senarai pembekal aksesori kereta yang terbaik di dalam Malaysia dan mereka sudah tidak perlu mencari lagi.
Dengan memberikan gambaran kejayaan kepada mereka, anda sudah hampir kepada kejayaan melakukan jualan.
Peraturan #3: FOKUS KEPADA KELEBIHAN, BUKAN SPESIFIKASI
Pengunjung tidak ingin tahu lebih lanjut mengenai spesifikasi produk atau perkhidmatan anda. Mereka cuma berminat untuk mengetahui apa yang boleh ia lakukan untuk mereka.
Beritahu mereka yang anda akan memberikan rahsia cara pemakanan yang terbaik untuk memastikan mereka dapat menguruskan badan mereka dengan cara pantas dan selamat tanpa perlu bersenam.
Berikan gambaran pujian-pujian yang akan mereka perolehi dari sahabat dan keluarga mereka apabila mereka berjaya menghidangkan resipi terbaru yang telah mereka pelajari.
Jelaskan kepada mereka betapa mudahnya mereka akan dapat memperolehi sebarang aksesori kereta yang mereka inginkan daripada sebarang tempat di seluruh Malaysia tanpa perlu membuang masa dan wang mereka untuk mencari pembekal yang sesuai.
Itulah peraturan-peraturan yang perlu anda patuhi untuk menghasilkan satu tajuk jualan yang hebat.
Apa yang paling penting di dalam minda pengunjung-pengunjung anda adalah “Apakah kebaikannya untuk diri SAYA?”. Pastikan yang anda menjawabnya.
Beri Komen









