Strategi Pengurusan Masa Untuk Usahawan Internet
Dikarang oleh Eruwan Gerry pada February 13, 2012
Kelonggaran dan keistimewaan bergelar usahawan internet sering digembar-gemburkan sama ada melalui blog, email dan media sosial. Anda pasti pernah mendengar atau terbaca ayat-ayat seperti ini, “Anda hanya memerlukan 1 jam untuk menjana RM300 sehari!” dan banyak lagi ungkapan yang manis didengar. Hakikatnya tidak sama sekali.
Sebagai usahawan internet walaupun dari segi strategi perniagaan ianya lebih mudah berbanding bisnes konvensional, namun anda masih perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk mempelajari selok-belok perniagaan internet. Tetapi asalkan anda bijak menguruskan masa, pasti anda akan dapat mengharungi liku-liku ini dan mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan internet.
Paling penting, anda perlu mengenalpasti keutamaan dalam kehidupan seharian anda. Ramai usahawan internet menjalankan perniagaan secara separuh masa. Mereka mempunyai tugasan hakiki yang lain yang biasanya tiada kena mengena dengan perniagaan mereka. Bagaimana seorang penjawat awam dapat membahagikan masa antara kerja di pejabat dan perniagaan internet mereka? Sudah pasti melalui pengurusan masa yang berkesan.
Jika anda ingin berjaya sebagai seorang usahawan internet dalam jangkamasa yang singkat, anda perlu bijak melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan anda mengikut keutamaannya.
Bahagikan kepada 4 Kuadran. Pertama, aktiviti “Penting dan segera”. Kedua, aktiviti “Penting tetapi tidak segera”. Ketiga, aktiviti “Segera tetapi tidak penting” dan yang keempat, aktiviti “Tidak penting dan tidak segera”.

Yang dimaksudkan dengan aktiviti “Penting dan segera” adalah seperti menjawab panggilan telefon, membetulkan kerosakan pada laman web jualan dan mengesahkan bayaran pelanggan serta memberikan pautan untuk muat turun.
Aktiviti “Penting tetapi tidak segera” contohnya seperti mengemaskini blog dan menghasilkan produk digital baru.
Ativiti “Segera tetapi tidak penting” adalah seperti menjawab komen di Facebook dari rakan yang bertanyakan tentang perlawanan bola yang anda tonton semalam.
Aktiviti “Tidak penting dan tidak segera” contohnya seperti bermain permainan video dan menonton televisyen.
Buatlah gambarajah 4 Kuadran ini di atas kertas yang besar di ruang kerja anda dan isilah setiap kuadran dengan aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan bergantung kepada kepentingan dan seberapa segera ianya perlu dilakukan.
Pembahagian aktiviti seperti ini akan memudahkan anda untuk memfokuskan usaha kepada aktiviti-aktiviti yang penting dan betul-betul boleh membantu anda untuk lebih berjaya di dalam perniagaan internet.
Usahawan internet yang berjaya mempunyai perancangan yang rapi dan pengurusan masa yang baik untuk menjamin kejayaan mereka.
Oleh itu, saya berharap perkongsian yang singkat ini akan mampu merangsang minda anda untuk memperbaiki teknik pengurusan masa anda sehingga mampu mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi selepas ini.
Salam hormat & salam kejayaan!
Komen
Beri Komen





02-13-2012
11:11 pm
Ahmad Tarmizi
Saya sangat setuju dengan artikel yang ditulis.Kalau tak salah saya warna merah bagi kategori Penting dan segera buka sahaja warna pada tajuk sahaja tapi perkara yang ingin kita lakukan pun sama.Kalau asyik hilang fokus upgrade sikit dengan font lebih besar atau Bold kan perkataan tersebut.Terima kasih atas panduan yang diberikan.Insyallah sama2 kita amalkan.
02-13-2012
11:38 pm
Ustaz Zul
perkongsian yang sangat menarik
very the like..
02-14-2012
9:42 am
Izan Moraz
Betul apa yang bro Eruwan smpaikan.terima kasih atas perkongsian bagus.yang penting lepas buat pekara ” penting & segera” mesti hati rs seronok dan keyakinan naik.?Begitu sebaliknya.TQ
02-14-2012
6:22 pm
ahmadyani
Tidak ada istilah goyang kaki dalam perniagaan.
02-21-2012
7:16 pm
saharol
Terima kasih atas perkongsian di atas. Saya harap akan ada lebih banyak artikel mengenai pengurusan masa seperti ini di blog ini.
04-21-2012
1:13 pm
Mazlan
sangat bermakna post ini. saya sendiri memang bermasalah dalam pengurusan masa saya. harap selepas saya baca post tuan dapat memperbaiki cara saya menguruskan masa. formula yang ringkas tapi sangat berkesan. Terima kasih for sharing…
05-09-2012
10:16 pm
arshad ismail
Syabas Sdr.Erwan, satu tips simple dan menarik untuk diamalkan.